KERDIL 2011

Hidup memang tidak selalunya indah. Di sebalik kegembiraan pasti ada kisah duka dalam hidup seorang yang bergelar insan. Kenangan dan pengalaman pasti mematangkan sesiapa saja yang melaluinya. Yang pasti, semuanya tidak mudah dilupakan dengan begitu sahaja. Lebih lagi, pemergian seorang teman rapat. Entry sebelum ini ada ceritanya!!!!

Dari hidup sebagai penggangur selama menghampiri setahun kepada kehidupan bekerja cukup mengubah hidup Insan Kerdil. Hidup penganggur yang meneruskan kehidupan dengan berbekal keseronokan program debat ke sana ke mari sudah cukup menggembirakan. Dalam tempoh sama melalui 2 temuduga yang diakhiri dengan kejayaan memang sesuatu yang menyeronokkan. Akhirnya bulan 2 menyaksikan aku mula berubah alam ke sektor berdikari.

Kerja merupakan sesuatu yang mencabar. Penat, letih, lelah semuanya seakan sebati sudah. Semuanya tidak boleh dijadikan alasan bagi melarikan diri, bahkan segalanya perlu ditempuh. Tiada istilah jemu harapnya timbul dalam diri. Berhadapan beban kerja yang agak banyak dan mencabar, maklumlah bertugas di sebuah sekolah ternama memang bukan mudah. namun inilah keseronokkan dan pengalaman yang pasti berguna suatu masa nanti.

Berhadapan kerenah pelajar, memikul tugas mengajar yang mencabar dan tugas lain yang dipertanggungjawabkan membuatkan diri ini sibuk. namun bersyukur semuanya kerja yang memang sudah biasa dilalui sebelum ini. Pengalaman di UKM cukup mendidik diri menjadi seorang yang berguna. Alhamdullilah…..

Ini pun salah seorang pelajar. IFwat!!!!

Sukan?Debat?Menguruskan pelajar?Koperasi?Pengacara Majlis?Semuanya seakan biasa dalam diri Guru Fizik ini. Bukan berlagak, cuma gembira dengan tugas ini yang memang disukai(jadi tidak boleh merungut). Namun biasalah masih ada manusia yang tidak puas hati. Katanya aku kelihatan ‘relax’ dan tak banyak kerja. Itu yang salah, kerana kebenarannya kerja itu disiapkan awl supaya tidak kelam kabut. Yang paling tidak seronok, kadangkala kerja ku pun dikatakan ‘dialah orangnya’ yang melakukan kerja tersebut. Aku bukan mahu disanjung, cukup kalau kau tidak mengaku itu kerja kau. WAhahahahhaah…:::Macam-macam kan???;Tetapi seronok tau!!!!

Sukan…(Hari Keluarga)

Pengacara di Padang, mahupun Dewan

Dalam kesibukan, baru sekali sahaja dan “menyibukkan’ diri di Pertandingan Debat. Oklah, dapat juga melepaskan kerinduan kepada rakan dan teman. Semoga banyak lagi pertandingan debat dapat disertai, agar nafsu ini boleh dilempiaskan pada tempat yang betul. Ahakzzzz…Cara lain, latih team sekolah sendiri, bagi memastikan kejayaan dapat diteruskan. lebih lagi, tahun hadapan ada pertandingan peringkat ASEAN, jadi wajib untuk pasukan aku melayakkan diri. Mari kita pastikan bersama. Yehaaaaa. Gomo Kelate Gomo…..(Mentang-mentang kerja di Kelantan)

YDP Final Great Gender Debate

Namun dalm kesibukan ini, suatu benda yang memang Insan Kerdil tidak pernah lupakan adalah ‘menggedikkan’ diri di depan kamera. Profesion yang hanya sekadar suka-suka(manalah tahu boleh jadi model) sebabnya tidak cukup inci. Wahahhaha. Banyak sebenarnya gambar posing, tapi cukup sekadar melihat yang ini ok???Sebab ini hasil kerja bebudak. Semangat mereka ni.

Walaupun berbaju T murah, masih ‘power’:Berangan:

p/s :Semua ini hanyalah sekadar suka-suka semata. tiada kaitan dengan yang hidup mahupun sudah meninggal dunia.

2 Respons

  1. kerdil kerdil pon comel…haha..(:

  2. bayar royalty sebab letak gambar anak aku!!!
    lain kali,biler kita buat kerja,terus hebahkan kat semua org,baru la time meeting nanti xder org yg akan mengaku tu kerja dia.hahaha

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.