Bila cerita bab belajar????

Ayoo part ni yang sebenarnya malas nak cerita dekat orang,tapi nak juga bagitahu kat orang lain…huhuhuhu. sudah semstinya apabila result teruk di UKM ni,kita perlu untuk berjumpa dengan penyelaras bagi menambah unit yang dibenarkan untuk mendaftar subjek pembelajaran.Nak dijadikan ceritanya,seawal hari isnin,aku pun pergilah ke Fakulti PEndidikan yang tercinta itu,walaupun agak hujung duniakan…(lagu background:kami guru malaysia)Aku pun pergi ke kaunter dan minta dari kakak(makciklah,nak jaga hati)tue borang tambah unit.Aku dengan penuh konfiden pergilah isi dan hantar kepada penyelaras sains(sebenarnya tak jumpa,tampal dekat luar nanti dia tolong buatkan yang seterusnya,kejamnya).so setelah hari berganti hari sehingga ke hari ini,unit aku masih juga tak tertambah…Rupa-rupanya,penyelaras sains tu dah tukar orang kepada seorang pensyarah yang lebih tegas plus baik jugalah macam mak2 ni.huhuhuhu.Dan yang bertambah perit apabila dia suruh setiap pelajar yang nak tambah unit kena jumpa dia(ala2 masuk berampun(bahasa senior aku) depan dialah)Nasib aku yang sentiasa dibantu dan dipermudahkan olehNya ni,dapatlah  masuk awal keranan borang yang aku dah isi awal2 dulu dah ada pada dia.(menganga orang lain sebab aku sampai-sampai saja terus masuk)hahahaha(dengan kuasa bulan akan menghukummu).Jadi bila masuk dalam tu aku gunakanlah hikmat muka cute aku ni untuk mempercepatkan proses…….Dan hasilnya??????aku masuk tak sampai 5 minit pun.(hahahaha,kesimpulan muka aku memang cute)Jadi akhirnya berjaya juga aku menambah unit itu pada hari ini dan pada ketika aku sedang menulis blog ni,iainya dah pun dimasukkan dalam sistem…(cepat kakak2 pejabat fakulti tu buat kerja.terima kasih kakak)…hahahaha.tamat

Banyak betul nak cerita(”,)

Mula-mula sekali mestilah nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang sudi untuk baca blog aku yang tak seberapa nak indah ni kan…Jutaan terima kasih buat yang dipertua dewan…eh silap terima kasih(gaya alleycats) kepada semua.hmm,berblik kepada perkara yang konon-konon banyak sangat nak diceritakan tu taklah banyak mana pun….hahaha….

Baiklah,untuk memulakan rentak penceritaan ini(ala2 gaya debat plak) say mulakan dengan memberikan sedikit komen kepada cerita Alvin And The Chipmunks yang saya tonton bersama kawan pada 01/01/2008(mid valley megamall) jam 2.40 p.m seats number k09 and k10.(lengkap dan skema)huhuhuhu…oklah cerita tu bagi aku memang best gila untuk itonton oleh sesiapa sahaja tak kira umur,pangkat,harta,warna kulit mahupun rambut(aku de uban sikit)..huhuhu…best betul cerita tu aku rase,sebab cerita itu berjaya:

1)membuatkan aku nak tergelak

2)merasakan betapa comelnya Chipmunks itu

3)juga membuatkan aku juga kelihatan comel kerana kekecilan yang kami kongsi bersama)hahaha

4)dan taklah tak tahu nak cakap macamana lagi

Jadi saranan saya kepada pembaca blog ini,pergilah dapatkan tiket Alvin And The Chipmunks di mana pawagam yang terdekat,sementara masih ditayangkan….(duta produk tu)huhuhu…