Ayoo part ni yang sebenarnya malas nak cerita dekat orang,tapi nak juga bagitahu kat orang lain…huhuhuhu. sudah semstinya apabila result teruk di UKM ni,kita perlu untuk berjumpa dengan penyelaras bagi menambah unit yang dibenarkan untuk mendaftar subjek pembelajaran.Nak dijadikan ceritanya,seawal hari isnin,aku pun pergilah ke Fakulti PEndidikan yang tercinta itu,walaupun agak hujung duniakan…(lagu background:kami guru malaysia)Aku pun pergi ke kaunter dan minta dari kakak(makciklah,nak jaga hati)tue borang tambah unit.Aku dengan penuh konfiden pergilah isi dan hantar kepada penyelaras sains(sebenarnya tak jumpa,tampal dekat luar nanti dia tolong buatkan yang seterusnya,kejamnya).so setelah hari berganti hari sehingga ke hari ini,unit aku masih juga tak tertambah…Rupa-rupanya,penyelaras sains tu dah tukar orang kepada seorang pensyarah yang lebih tegas plus baik jugalah macam mak2 ni.huhuhuhu.Dan yang bertambah perit apabila dia suruh setiap pelajar yang nak tambah unit kena jumpa dia(ala2 masuk berampun(bahasa senior aku) depan dialah)Nasib aku yang sentiasa dibantu dan dipermudahkan olehNya ni,dapatlah masuk awal keranan borang yang aku dah isi awal2 dulu dah ada pada dia.(menganga orang lain sebab aku sampai-sampai saja terus masuk)hahahaha(dengan kuasa bulan akan menghukummu).Jadi bila masuk dalam tu aku gunakanlah hikmat muka cute aku ni untuk mempercepatkan proses…….Dan hasilnya??????aku masuk tak sampai 5 minit pun.(hahahaha,kesimpulan muka aku memang cute)Jadi akhirnya berjaya juga aku menambah unit itu pada hari ini dan pada ketika aku sedang menulis blog ni,iainya dah pun dimasukkan dalam sistem…(cepat kakak2 pejabat fakulti tu buat kerja.terima kasih kakak)…hahahaha.tamat
Filed under: Pelbagai | Tagged: SUKA-SUKA |
Tinggalkan Jawapan