3 Malam dah….

hmmm…Aduh kalaulah anda semua dapat melihat mata saya yang cantik berwarna coklat(pada keadaan biasa) ni pada waktu sekarang,mesti akan terkejut melihat perubahan yang tak berapa nak ketara. Sebab apa???Dah 3 malam sebelum nak tidur saja,mesti aku akan termenung dan merasa gelisah,resah dan tak tentu arah dalam lebih kurang 45 minit sebelum tidur.Aku pun tak tahu apa yang dah terjadi sekarang ni.Biasanya orang lain tahu apa yang difikirkan contohnya masalah kerja,masalah duit,masalah kekasih(bilalah ada yang nak terpikat dengan aku???)dan macam2 yang lain betul tak???Tapi aku ni pula kes lain sebab aku sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya difikirkan dalam otak aku yang sangat ligat berfikir bila waktu malam. Dan bertambah sukar,bila dah mula tidur aku asyik terjaga dalam sejam sekali. Sedangkan sebelum ni,akulah manusia yang bila dah tidur,tak dapat mimpi dan tidur dengan keamanan sekali(dengan iman,huhuhu)Jadi bila benda macam ni terjadi dekat kelas saja mulalah aku orang yang paling mengantuk sangat(tahap dewa)Tapi dek kerana nak mengubah keputusan aku yang tah apa2 tu,aku kene teruskan kuatkan juga nak belajar walaupun ikutkan hati aku nak saja ponteng kelasa(tuang kelas)macam kawan2 aku selalu buat bila mengantuk.Jadi harap2nya malam ni,aku dapatlah tidur dengan aman kembali(”,)