SELAMAT TAHUN BARU…

Bersempena tahun baru 1249 hijrah ni,banyak benda perlu untuk kita lakukan perubahan.Dari satu benda ke benda yang lain perlukan perubahan.Aku rasa setiap yang dilakukan tahun ni ada saja yang tak kene.Aku seperti tak selesa dengan diri aku sendiri.Tapi yang peliknya, macam biasa kita tak dapat menilai diri kita,betul tak????huhuhu..Banyak yang aku belajar dari rakan baru yang aku rasa banyak ajar aku erti hidup dan kehidupan sebagai seorang pelajar.Walaupun dia bukanlah ajar aku secara langsung tapi melalui pelbagai caralah(rahsia yer)huhuhu.Tapi yang pastinya aku rasa aku taklah mampu nak ikut semua cara2nya tapi aku cubalah yang terbaik. Tapi yang pasti di tahun baru ni,aku seperti lebih gusar dengan hidup aku yang semakin membesar ni(umurlah) bukan fizikal ek(dah x membesarlah aku ni).Macam2 benda kene fikirkan.Tapi yang pasti azam2 aku tahun ni mesti untuk dipenuhi dan dilaksanakan dengan jayanya…Walaupun aku kelihatan tak bermaya hari ini,waktu untuk berhibur dengan kawan2 di awal semester ni harus juga untuk aku lakukan pada hari ni.Aku nak pergi main bowling,shoping dan buat apa saja yang aku suka,sebab aku rasa macam pelik saja kehidupan aku 2 3 hari ni.(walaupun tiap2 mggu aku kuar)huhuhu…oklah malam kang ada mood aku tulis lagi ya(”,)

Derma darah….(bukan dara)

hmmm…tadi aku pergi tengok kawan aku derma darah kat Kolej Ungku Omar UKM,macam2 perangailah yang aku dapat tengok.huhuhu..Dan yang paling best,adalah member Fakulti aku ni pergi mendermakan darahnya yang tak seberapa banyak tu(sbb die krus kering,huhuhu)pastu siap pengsan bila dah habis ambil darah dia tu.hahahaha…Tapi aku ni taklah menderma darah kira mulia lagilah kawan aku tu biarpun pengsan sedangkan dah nak masuk 4 kali menderma….Nak tahu kenapa aku tak menderma???sebab aku ni orang yang tak makan makanan dari air(ikan,udang,sotong..etc)pelikkan???Tapi tulah hakikat yang semua orang kena tahu bila kawan dengan aku(jgn mrh yer prundg kesihatan aku)Jadi dek kerana itu,aku merasakan aku tak makan makanan yang akan mengembalikan darah aku dengan baik(dengan kata lain,takut2 lagi teruk dari pengsan bila menderma nanti,kolotnya fikiran aku)hahahaha….Hmmmm,dan yang peliknya lagi,sejak seminggu ni,aku hidung aku yang comel ni asyik mengalirkan darah saja.sedangkan dah nak dekat setahun yang lepas hidung aku berdarah.dahlah tu seminggu 2 kali pulak.Mungkin sebab tempat2 aku belajar(dewan2) yang kejap panas kejap sejuk tu mengakibatkan semua ni kot.tak kisahlah,janji aku masih mampu bernyawa dan tak terbongkang kat atas katil tak boleh bangun aku ok saja(”,)

TIBA2 TERINGAT…

Bila selalu baca cerita2 orang pasal mereka kecil2 dulu,ada satu cerita yang mak aku pernah cerita dekat aku dulu…Oklah mak aku selalu cakap yang aku ni nasib baik jadi budak baik(perasan jer) walaupun masa nak lahirkan aku sikit punya payah.Sebab doktor terpaksa menggunakan vakum(alat penarik bayi) untuk membantu aku menikmati dunia ni.Mak aku cakap terpakasa ambil masa yang agak lama dan doktor dah mula risau bila aku mula lemas. Tapi nasib baik dengan kuasa tuhan,aku dapat juga dilahirkan dengan selamat walaupun agak payah.Akibat daripada itu,kalau sesiapa perasan di atas bahagian tengah kepala aku ni ada lekukan yang agak dalam. Oklah selamat juga aku lahir ek…….Tapi yang pastii ianya tak juga berakhir di situ,sebab lepas lahir saja kene masuk tahan wad dekat 2 minggu sebelum boleh balik rumah.Kesian kat mak aku terpaksa jaga aku kecil2 dulu. Lepas tu bila dah dapat balik,mak akulah sah2 orang yang paling gembira bila dapat bawa balik anak dia ke rumah,tapi dalam masa 1 bulan lepas tu ada kejadian yang lagi gilalah….Apa ek????Mak aku cakap ada sekali tu aku menangis dan tiba2 diam saja,macam dah meninggal dunia…Sebab mak aku dah cek nafas tak ada,tengok perut aku pun dah tak bergerak lagi.Apa lagi hati seorang ibu,mestilah dah menangis sebab ingat aku dah tak ada lagi.Tapi bapa aku bawa juga pergi hospital yang terletak kira2 20 minit perjalanan dari rumah aku dekat cheng(lupa plak aku lahir kat hospital Melaka)Mak aku cakap sepanjang massa tu lah aku pun tak bergerak dah.Bila sampai hospital masuklah aku kat dalam wad icu dan bila doktor keluar dia cakap aku masih hidup lagi.Gembiralah kembali mak aku. Bila difikirkan sekarang ni,aku bersyukur sangat2 sebab sekurang2nya aku dapat juga menikmati alam yang indah ciptaan Tuhan ni(insafnya aku).Walaupun aku rasa aku dah cuba sedaya upaya untuk memenuhi setiap permintaan mak aku,tapi dah sah2 ada satu permintaan aku tahu aku takkan berjaya untuk tunaikan…Apakah perkara tersebut????Untuk melihat anak dia yang bernama KHAIRUL ANUAR BIN SALIM ni bergelar seorang doktor perubatan.Sebab nama aku ni sebenarnya adalah bersempena dengan nama doktor yang menyambut kelahiran aku dulu.Tapi mak aku tak pernahlah beritahu aku yang dia nak aku jadi doktor,tapi aku pernah dengar dia berbual dengan jiran cerita pasal benda ni,jadi dengan secara tak langsung sebenarnya kau menangis.huhuhu(jangan bagitau sesape ek pembaca semua)ish…panjangnya aku menulis sekarang ni,sangat2 dah tak ada kerja..ok daa…