TIBA2 TERINGAT…

Bila selalu baca cerita2 orang pasal mereka kecil2 dulu,ada satu cerita yang mak aku pernah cerita dekat aku dulu…Oklah mak aku selalu cakap yang aku ni nasib baik jadi budak baik(perasan jer) walaupun masa nak lahirkan aku sikit punya payah.Sebab doktor terpaksa menggunakan vakum(alat penarik bayi) untuk membantu aku menikmati dunia ni.Mak aku cakap terpakasa ambil masa yang agak lama dan doktor dah mula risau bila aku mula lemas. Tapi nasib baik dengan kuasa tuhan,aku dapat juga dilahirkan dengan selamat walaupun agak payah.Akibat daripada itu,kalau sesiapa perasan di atas bahagian tengah kepala aku ni ada lekukan yang agak dalam. Oklah selamat juga aku lahir ek…….Tapi yang pastii ianya tak juga berakhir di situ,sebab lepas lahir saja kene masuk tahan wad dekat 2 minggu sebelum boleh balik rumah.Kesian kat mak aku terpaksa jaga aku kecil2 dulu. Lepas tu bila dah dapat balik,mak akulah sah2 orang yang paling gembira bila dapat bawa balik anak dia ke rumah,tapi dalam masa 1 bulan lepas tu ada kejadian yang lagi gilalah….Apa ek????Mak aku cakap ada sekali tu aku menangis dan tiba2 diam saja,macam dah meninggal dunia…Sebab mak aku dah cek nafas tak ada,tengok perut aku pun dah tak bergerak lagi.Apa lagi hati seorang ibu,mestilah dah menangis sebab ingat aku dah tak ada lagi.Tapi bapa aku bawa juga pergi hospital yang terletak kira2 20 minit perjalanan dari rumah aku dekat cheng(lupa plak aku lahir kat hospital Melaka)Mak aku cakap sepanjang massa tu lah aku pun tak bergerak dah.Bila sampai hospital masuklah aku kat dalam wad icu dan bila doktor keluar dia cakap aku masih hidup lagi.Gembiralah kembali mak aku. Bila difikirkan sekarang ni,aku bersyukur sangat2 sebab sekurang2nya aku dapat juga menikmati alam yang indah ciptaan Tuhan ni(insafnya aku).Walaupun aku rasa aku dah cuba sedaya upaya untuk memenuhi setiap permintaan mak aku,tapi dah sah2 ada satu permintaan aku tahu aku takkan berjaya untuk tunaikan…Apakah perkara tersebut????Untuk melihat anak dia yang bernama KHAIRUL ANUAR BIN SALIM ni bergelar seorang doktor perubatan.Sebab nama aku ni sebenarnya adalah bersempena dengan nama doktor yang menyambut kelahiran aku dulu.Tapi mak aku tak pernahlah beritahu aku yang dia nak aku jadi doktor,tapi aku pernah dengar dia berbual dengan jiran cerita pasal benda ni,jadi dengan secara tak langsung sebenarnya kau menangis.huhuhu(jangan bagitau sesape ek pembaca semua)ish…panjangnya aku menulis sekarang ni,sangat2 dah tak ada kerja..ok daa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: