Kasih Sayang…

HMmmm,bila bercerita bab kasih sayang ni,orang mesti akan ingat pasal kasih terhadap pakwe/makwe sebagai yang utama,lepas tu kasih terhadap ibu bapa yang kedua dan mungkin yang terakhir terhadap adik beradik dan saudara mara. Tapi mungkin semua antara kita lupa tentang kasih sayang dianatara rakan2 yang sebenarnya antara yang terpenting juga dalam kita meniti kehidupan sehari2 tak kiralah masa bekerja,masa belajar,masa kita lakukan hobi atau sebagainya.Kerana apa yang kita lakukan perlukan kepercayaan dan kasih sesama kita.MUngkin orang2 ni malu kot bila nak kata kasih atau sayang pada rakan(terutama yang sama jantina)kerana apa???takut dilabel sebagai GAy/lesbian….Inilah tanggapan yang kita kena ubah sebenarnya(cewah,aku dulu pun pikir gitu gak)..Dari apa yang aku baru belajar(secara tak langsung)kita perlu untuk berkasih sayang dan saling menghargai rakan dan sahabat yang ada di sekeliling kita ini.Meminjam kata2 saudara *u**, kita boleh memberi sedikit kasih kita kepada ramai orang tapi janganlah ambil semua kerana yang lain perlu untuk keluarga,kekasih/pasangan hidup(bilalah turn aku) dan saudara mara. Jadi sebenarnya janganlah kita malu untuk menyampaikan rasa kasih kita kepada rakan dan sahabat,adik,kakak atau abang angkat kerana kita semua memang dilahirkan serta disematkan dengan perasaan itu…

Tetapi kalau rakan2 yang memang2 dah jelas tak menyukai kita bagaimana???? seperti keadaan yang telah pun dijadikan moto pasukan debat alam sekitar ukm tempoh hari yang berbunyi (PEACE…HARMONI,TIKAM BELAKANG)bermaksud di depan seseorang segalanya baik,tetapi sayangnya bila di belakang kita secara sengaja memburukkan kita.Adakah manusia seperti ini perlu juga untuk menerima kasih sayang aku???Jawapannya sudah pasti tidak tuan yang dipertua dewan…(berdebat pullll….llllakkkkbak kate anak buah aku)

Bestnye semalam….

Hahahaha…tiba2 saja aku tulis macamni.yalah semalam buat pertama kali aku dapat tidur dengan nyenyaknya dan agak lama(dari 11.30-6.30 & 6.45-10.00)heehehe…Aku rasa ni semua penangan aku tak cukup tidur selama berhari2….Jadi bila bangun saja pagi tadi aku tengok semua lebam2 di bawah mata dapat hilang tu.huhu…Jadi mata aku yang agak cantik dan bersinar ni(bersinar ke??,huhuhu)sudah kembali pulih.huhu..Walaupun kadang2 masa keluar semalam aku rasa nak tumbang akibat dari tak cukup tidur,aku masih mampu untuk pusing 1 bandar kajang semalam.wakakaka(gagahnya aku) Jadi hari ini aku rasat telah kembali kepada KHAIRUL ANUAR yang asal.huhuhu….

Apa yang tambah bestnya,bila aku dah dapat cara nak tengok TV secara online walaupun internet dekat UKM ni teruk nak mampus,jadi bolehlah aku tengok Spa Q kat bilik tak kene kutuk dengan budak2 perempuan yang selalu ada dekat kafe tu.huhuhu(tgk tv pun kene kutukkan,tulah manusia)Jadi ini akan menambahkan nikmat untuk aku lepak saja dekat bilik bila tak ada program.Oklah,ni pasal tidur lepas ni nak sambung pasal sesuatu yang aku baru pelajari pula(”,)