Aku merempit lagi…

Baru kejap tadi aku pergi merempit ke pasar malam…Dan seperti kebiasaannya aku akan pergi seorang diri…Dan juga seperti kebiasaan aku pergi dengan tak berlesen,nasib baik tak ada polis nak main2 tahan2 orang hari ni…huhuhu…Paham2 sajalah kalau dah KHAIRUL ANUAR yang pergi pasar malam,mana nak ingat dunia bab2 membeli makanan ni kan,(semuanya nafsu)huhu…Habis diet aku lagi malam ni.Tapi tak apa,sebab ni makan dengan mak aku sekali,jadi harap2 perunding kesihatan jangan marah yer…Menu malam ni ialah semangkuk sup ayam dan daging makan bersama nasi sepenuh pinggan,jagung kukus 1 batang,keropok lekor dalam 7 keping dan juga hotdog dalam 6(kecik2 jer) yang memerlukan lebih kurang 1 jam untuk dihabiskan.hahahaha.(cm knk2 kat afrika jer)

Tapi sebelum pergi pasar malam tadi aku singgah dulu dekat kedai bundle kat pekan,nak beli seluar(baru sdar suar aku sikit jer)So cari punya cari dapatlah 2 helai dan 1 helai baju…huhuhuDahlah aku masuk pekan dengan penuh selamber saja walaupun aku bawa kotor tanpa lesen…konfiden saja,bukan nak buat jahat pun…Aku pun ambillah kesempatan pusing2 1 pekan tu sambil menghirup udara yang segar(yeke??) dan menikmati keindahan pekan tampin di waktu malam!!!!!!!!hahaaha…

FESSAT…

Semalam aku pergilah tengok2 karnival kolej Tun Hussein Onn…Macam biasalah anak manusia(melayu) kita ni mest ramainya termasuklah saya(hahaha)Macam biasa kalau dah dekat karnival kolej kat U** ni mestilah ramai yang akan turun dan memeriahkan program yang ada(sambil jln2 ngan awekz,aku jer yg jln ngan laki hahaha)Biasalah dekat karnival ni orang2 @penggerai akan jual makanan,pakaian dan memsarkan produk pelik2….Tapi yang membuatkan aku terpegun sikit bila FESSAT ni berjaya mendapatkan sponsor dari CELCOM…Biasanya yang akan dapat tajaan dari syarikat korporat begini selalunya program besar seperti Pesta Konvokesyen dan yang lain(tahniah yer,dapat aku no baru free)Tapi sebenarnya program semalam budak yang datang sebenarnya nak tunggu Konsert kumpulan OAG…Tapi sebelum aku cerita pasal kumpulan OAG punya persembahan izinkan saya untuk mengutuk kumpulan yang terdahulu membuat persembahan sebelum OAG…Kalau tak salah aku,band tu yang undergroundnya band…So bila diorang buat persembahan saja aku rasa ada benda yang tak kene!!!!!!!Apa dia????Aku tak paham satu patah sebutan nyanyian diorang pun,baik lagu english @ melayu…Tapi aku masih juga tak paham bila orang lain tetap terkinja2 di depan tu macam paham saja(aku x tau kalo telinga aku yg probs)hahaha…Oklah,kita tinggalkan cerita band tu,kita masuk kepada cerita OAG…Pembukaan lagu mereka saja,aku macam rasa bangga bila lagu diorang yang bertajuk ‘MERDAYKA’ dicipta khas sempena kemerdekaan malaysia yang ke 50…Antara bait2 lagunya,menyebutkan setiap apa tuh selepas nama negeri ada darul bla,bla,bla tu…contohnya darul aman,darul ehsan dan sebagainya.Dan yang pastinya setiap negeri tak ditinggalkan oleh OAg ni…BAgus betul kumpulan ni,nilah orang kata muzik memartabatkan bangsa dan negara….Bukannya aksi buka baju depan orang(kot yer bdn lawa) expecially orang malaysia yang berpegang teguh kepada adat timurnya(konon2nye lah)hahaha…