Pendebat Hari ini…

Bukan bertujuan nak kutuk pendebat lain atau menyatakan tentang kehebatan,cuma nak kongsi apa yang perlu untuk diperkatakan!!!!Dalam dunia sekarang yang begitu banyak perkara dan isu semasa melanda dunia,debat tidak boleh lari dari perkara2 begini,dan aku rasa disebabkan debatlah banyak ilmu2 baru yang dapat diperolehi.Namun sebelum kita sibuk2 nak tahu benda2 yang ,mendalam aku rasa kita perlu menguasai perkara2 yang sangat2 asas ataupun isu2 asas dalam Malaysia.Contohnya,R&D boleh pulak disebut sebagai peyelidikan dan pekerjaan,salah pentaksiran tentang ranking dunia bagi Universiti dan kebolehan membezakan frasa2 dan tidak menggunakan kefahaman diri bagi memberikan definisi perkataan(aku dulu pun slalu gak salah)

Kedua adalah bagaimana kita perlu untuk berani bertanya dan tidak takut untuk memberikan komen dan mengkritik pendebat lain yang mungkin lebih berpengalaman.Aku memang tak suka betul bila disuruh tengok dan memebrikan komen,sesetengah pendebat muda sekarang tidak mahu kerana mungkin takut,tak ambil perhatian dan sebagainya…Sepatutnya dalam proses kita untuk menjadi pendebat yang sentiasa memperbahrui diri sendiri,kita tak boleh untuk takut dan tidak memberikan pendapat tentang sesuatu isu.

Ketiga adalah tentang kehadiran dan komitmen pendebat terhadap sesi latihan.Ini termasuklah waktu kehadiran dan semasa berlatih.Dalam 1 blog yang aku baca membincangkan tentang kejayaan mereka adalah kerana komitmen mereka dalam latihan.Bagi aku debat adalah sesi yang memerlukan latihan,walaupun kita banyak ilmu tapi tak dilatih untuk dipersembahkan pada orang lain,ilmu itu seolah2 tidak berguna,takkan selamanya kita ingi menjadi pendebat simpanan(memanglah orang ni pentg dlm team)

Kesimpulannya,kita harus untuk sama2 memperbaiki diri bagi memastikan pasukan kita akan beroleh kejayaan,jangan biarkan orang yang mungkin bersungguh luntur semangatnya hanya kerana mereka yang tidak mahu memberikan kerjasama.