Anugerah Juara Lagu 22

Anugerah Juara Lagu dah berakhir… penantian yang kita tunggu selama ini akhirnya terjawab jugaklah… so aku yang memang minat gila dengan lagu2 ni mestilah dan wajib untuk menonton rancangan tersebut. Walaupun pada mulanya aku tengok dekat dalam bilik,tapi terpaksa berpindah ke kafe dan berebut2 dengan orang lain sebab internet BODOH GILA. Bilalah agaknya dapat aku pergi tengok live rancangan tersebut,mungkin ini adalah impian yang paling sukar untuk dicapai,tapi tak apalah selaku manusia kita wajib untuk berangan supaya kita boleh berusaha nanti.

 

Biar aku komen satu2 persembahan malam anugerah ini. Bermula dengan kumpulan Jinbara yang ok jugaklah dari segi vocal,tapi elemen rock yang mulanya diselitkan dalam lagu ini hilang akibat gubahan yang dilakukan. Seterusnya adalah NORA yang membawakan lagu samudera agak kantoi vokalnya di awal persembahan(tapi x taulah sebab aku x de kat sane)namun persembahan agak baik.Persembahan diteruskan lagi oleh Fazli Zainal yang aku rasa tak cukup nafas dan stamina ketika menyanyi. Mungkin disebabkan gemuruh kot dia jadi macamtu.

 

Beralih kepada Dato’ Siti yang kembali ke zaman mudanya dengan menari dan mempunyai stamina yang baik serta vocal yang power.(bayes sgt). Bila bercerita tentang pengganti Faizal Tahir untuk lagu Maha Karya Cinta iaitu Fiq,ada kepelikan dalam vokalnya yang dikira kurang jantan seperti Faizal. Aishah pula masih mengekalkan corak persembahannya yang memasukkan elemen bercerita kelihatan unik dan mempunyai vocal yang sangat2 power.(tahniah) Misha Omar dan Andy kelihatan seperti pada persembahan biasa dan tidak menambah apa2 elemen dalam persembahan sebaliknya tetap dengan gaya pegang2 Andy(hahaha,kak daa tertipu konon2 misha nak menari)

 

Sofaz dengan lagunya kelihatan kurang baik dari segi vocal apabila di dengar seperti bunyi muzik lebih kuat dari vokalnya. Sahri yang menggantikan tempat Kaer mempunyai vocal yang baik,tapi persembahannya seperti orang kristian mati(org pkai ttup kple bwk lilin) Mawi pula di awal persembahan kelihatan seperti persembahannya di dalam persembahan lain, namun ketika gimik tukar pakaian dan diiringi oleh penari kanak2 dilihat cukup comel(cm akulah,hahaha) Jac dan Lah kelihatan begitu menyerlah vokalnya sehingga menutup persembahan mereka yang tidak diiringi apa2.Estranged pula kelihatan begitu bersemangat dan berjaya membawa perubahan lagu itu kepada khalayak.

 

Ramlah Ram mempunyai lagu yang agak baik dan persembahan dia kelihatan kemas dengan gerak tarinya. Persembahan terakhir seperti biasalah untuk Bob yang mempunyai kekuatan vocal yang sangat baik. Dan akhirnya kategori pop rock dimenangi oleh Estranged,kategori balada oleh Izinkan Ku Pergi dan kategori etnik kreatif Samudera. Juara lagu untuk 2007 telah dinobatkan kepada Estranged…Vokal terbaik adalah milik Jac dan Lah Ve. Persembahan terbaik milik Mawi kerana berunsurkan SMS(bencilah,ingat Aishah)

 

Anugerah Juara Lagu takkan lengkap tanpa persembahan penutup yang menarik. Konsep tahun ini adalah seperti teater muzikal dengan gabungan beberapa buah lagu iaitu Kata(Hazami),Fantasia Bulan Madu(HAttan dan Dayang),Caramu(Nikki),Keabadian Cinta(Ziana Zain) dan Seindah Biasa(The Lima)…

Tapi yang pastinya segala komen aku dalam blog ni tidaklah setepat mana kerana aku tengok TV saja yang mungkin ada pelbagai masalah(speaker rosak,suara orang kat kafe) tak sama dengan orang yang berada di STADIUM BUKIT JALIL.(‘’,)Jadi kepada sesiapa yang pergi menonton secara live harap dapat memberikan komen terhadap entri ini.

Pidato Dunia…

26 Januari 2008 adalah tarikh pemilihan pemidato dari Malaysia yang akan mewakili negara ke pertandingan antarabangsa yang akan diadakan di UPM dan PWTC Kuala Lumpur.Tapi bila nak berbicara benda ini bukanlah aku yang dapat ke pertandingan tersebut,hanya sekadar menjadi penyokong,pegawai pengiring sekejap dan juga driver peserta(dahlah naik keter sewa)wakakaka….Kereta yang disewa pula adalah kereta kancil yang sungguh comel untuk kami2 yang bersaiz comel juga.hahaha

Semalam ada 7 orang peserta sahaja,tapi berdasarkan pengamatan aku semalam,4 orang saja yang betul2 memberikan persaingan yang hebat,tapi bukanlah menidakkan kehebatan orang lain kerana aku pun tak pandai berpidato…(lebih hndl dr aku jer…)Abg bob(idola debat aku)dia peserta yang ke-2 mengikut undian dan membawakan tajuk Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat.Seorang lagi peserta yang membawakan tajuk yang sama ialah Farhan Nor Diyana @ Kajol(ada rupa ker???.huhu)

Tapi sayangnya Abg Bob aku tak dapat dipilih ke pertandingan dunia itu dan tumpas di tangan Kajol dan Abg Bonzai…Kesiannya,tapi apa yang boleh aku lakukan????Semalam dia down sangat2 sehinggakan mengeluarkan kenyataan akhbar UKM ni bahawasanya dia tidak akan menyertai apa2 pertandingan debat dan juga pidato lagi berkuatkuasa semalam juga.Apa yang akan terjadi kepada pasukan debat UKM????Apa yang akan terjadi kepada aku????Bagaimana percaturan pasukan debat UKM???Adakah UKM akan jatuh kembali setelah beberapa kejohanan yang menampakkan keunggulan UKM????Adakah aku berjaya menggantikan tempat Abg Bob aku????

 Semuanya bergantung kepada rezeki dan usaha yang akan dilakukan oleh pendebat UKM secara bersama,jika tidak aku pasti kita takkan berjaya,Jadi berusahalah wahai kawan2 aku semua ya!!!!Moga2 kita jadikanlah musibah dan masalah yang dihadapi itu sebagai suatu kekuatan untuk kita menempuhi dunia perdebatan yang mencabar ini!!!!!!!