26 Januari 2008 adalah tarikh pemilihan pemidato dari Malaysia yang akan mewakili negara ke pertandingan antarabangsa yang akan diadakan di UPM dan PWTC Kuala Lumpur.Tapi bila nak berbicara benda ini bukanlah aku yang dapat ke pertandingan tersebut,hanya sekadar menjadi penyokong,pegawai pengiring sekejap dan juga driver peserta(dahlah naik keter sewa)wakakaka….Kereta yang disewa pula adalah kereta kancil yang sungguh comel untuk kami2 yang bersaiz comel juga.hahaha
Semalam ada 7 orang peserta sahaja,tapi berdasarkan pengamatan aku semalam,4 orang saja yang betul2 memberikan persaingan yang hebat,tapi bukanlah menidakkan kehebatan orang lain kerana aku pun tak pandai berpidato…(lebih hndl dr aku jer…)Abg bob(idola debat aku)dia peserta yang ke-2 mengikut undian dan membawakan tajuk Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat.Seorang lagi peserta yang membawakan tajuk yang sama ialah Farhan Nor Diyana @ Kajol(ada rupa ker???.huhu)
Tapi sayangnya Abg Bob aku tak dapat dipilih ke pertandingan dunia itu dan tumpas di tangan Kajol dan Abg Bonzai…Kesiannya,tapi apa yang boleh aku lakukan????Semalam dia down sangat2 sehinggakan mengeluarkan kenyataan akhbar UKM ni bahawasanya dia tidak akan menyertai apa2 pertandingan debat dan juga pidato lagi berkuatkuasa semalam juga.Apa yang akan terjadi kepada pasukan debat UKM????Apa yang akan terjadi kepada aku????Bagaimana percaturan pasukan debat UKM???Adakah UKM akan jatuh kembali setelah beberapa kejohanan yang menampakkan keunggulan UKM????Adakah aku berjaya menggantikan tempat Abg Bob aku????
Semuanya bergantung kepada rezeki dan usaha yang akan dilakukan oleh pendebat UKM secara bersama,jika tidak aku pasti kita takkan berjaya,Jadi berusahalah wahai kawan2 aku semua ya!!!!Moga2 kita jadikanlah musibah dan masalah yang dihadapi itu sebagai suatu kekuatan untuk kita menempuhi dunia perdebatan yang mencabar ini!!!!!!!
Filed under: Pelbagai | Tagged: SUKA-SUKA |
ye…uk bley jatuh tanpa bob. abisla nuarrr… ekekekek
Wah.Kutuk Kajol siyot