Posted on Jumaat, Februari 29, 2008 by Insan Kerdil
Semalam ada Annual Grand Meeting untuk persatuan debat UKM ni. Biasalah perjumpaan ni adalah untuk melantik AJK baru persatuan.
Apa yang bestnya, aku tak pegang apa2 jawatan penting pun. Huhuhu.. Suka sangat sebab bab2 pegang jawatan yang tinggi2 ni susah sebenarnya. Lagi2 kalau nak mengepalai 4 pasukan debat bahasa yang berbeza.
Jadi tahniah buat :
ANIS AKRIMAH A. RAHIM (PRESIDEN UPU)
AHMAD FIRDAUS MAT ISA (KETUA BM)
PANGLIMA JAGUMBA (TIMBALAN BENDAHARI)
Jadikan kepimpinan korang semua yang terbaik dalam sejarah….Tak lupa juga terima kasih kepada En. H dan senior2 yang lain sebab tak pilih aku….YAYYYYYYY….
p/s : jangan salah tafsir entry ni yer. ini hanyalah sekadar ucapan tahniah
Filed under: Pelbagai | 3 Comments »
Posted on Rabu, Februari 27, 2008 by Insan Kerdil
Hari ini aku menulis berdasarkan Instant massege YM dengan kawan aku baru sekejap tadi. Berderau darah aku bila mendengar ceritanya. Ini serba sedikit perbualan aku dengan dia :
far_ei87: salam..
far_ei87: weh…
far_ei87: aku bru je rse earthquake..
far_ei87: yg sgt hebat..
far_ei87: doakn keselamatan kami di sini yer..
budak cute: yeke…
budak cute: kat sane tgh mlm kan??
budak cute: bgnn runtuh ker???
budak cute: o rase ggar jer??
far_ei87: a’ah tgh mlm..
far_ei87: rse gegaran yg hebat..
far_ei87: taktau centre die kt mne..
far_ei87: tak sure ade damage ke tak..
far_ei87: bru je lg..
budak cute: abis tue ko kat ne nie???
far_ei87: http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/7266136.stm
far_ei87: kt dlm umah le..
far_ei87: huhuh..
budak cute: hmmm
budak cute: bgslah tue..
budak cute: nsib bek slmat
budak cute: dah2 g tido ek…
budak cute: jgn riso
budak cute: insyaallah x de pape tue…
far_ei87: urmmm..
far_ei87: takutla weh..
far_ei87: ko taktau..
far_ei87: kuat kot..
far_ei87: <ya Allah>
far_ei87: urmm nway terima kaseh tulung doakan..
budak cute: insyaallah x de pape..
budak cute: jgn risooo
budak cute: bykkan doa..
far_ei87: tulah..
far_ei87: urmm..[jom istighfar same2]
far_ei87:
far_ei87: ok weh..
far_ei87: aku nk kne smbung mmbaca..
far_ei87: take care..
far_ei87: wassalam..
budak cute: salam…
budak cute: jgn lwat sgt tido tue..
budak cute: jgn tkut tau..
budak cute: insyaalllah keadaan ok..
Untuk pengetahuan semua kawan aku melanjutkan pelajaran di Manchester, England dalam bidang kejuruteraan kimia kalau tak salah…(nak ikut….)
Apa yang pasti kita dekat Malaysia tak pun merasa gegaran yang kuat seperti dialami negara2 jiran kita. Apa yang kita rasa adalah sedikit dari gegaran tersebut. Seharusnya kita bersyukur tidak ditimpakan dengan bencana yang begitu teruk dan dahsyat seperti ini. Cukuplah suatu ketika dahulu kita diuji Allah dengan Tsunami yang begitu menyayat hati semua.
p/s : Mari kita doakan semua sahabat kita di mana sahaja mereka berada semoga diselamatkan dari segala bencana dan musibah.Amin…
Filed under: Pelbagai | 2 Comments »
Posted on Isnin, Februari 25, 2008 by Insan Kerdil
Dalam kesibukan aku menyiapkan kerja2 yang sangat banyak untuk dihantar pada minggu depan, di samping mid sem exam yang juga akan berlaku minggu depan aku sempatlah membuat pengesahan jadual exam menggunakan laman web ( besalah *K* nie mmg sume kena melalui web…)
Apa yang aku nak ceritanya adalah berkaitan dengan jadual exam aku yang agak gila sikit. Kenapa??? Sebab killer subjek aku hanya dipisahkan 2 hari sahaja. Matilah aku nak studi macam tu. Hahahaha.. Dugaan betullah semester ni. Tapi sebenarnya aku tak kisah sangat pun, sebab aku rasa semester ni semuanya killer subjek. Hahaha…
Ini je nak cerita hari ini, sebab tak ada apa yang menarik pun nak dicoretkan buat tatapan korang semua. Yang best semua cerita dekat handset, tak boleh bagitahu…;huhu
p/s : hari ni aku akan berkejar ke sana sini sebab kelas yang pack sampai pukul 12 tghari di 2 fakulti yang berbeza tanpa gap masa langsung. mati…..
Filed under: Pelbagai | 5 Comments »
Posted on Isnin, Februari 25, 2008 by Insan Kerdil
“Kita jgn emo2, nanti *** jgk yg ssah. nnt *** jgk rasa x snang ati.” Itu massage yang aku dapat pagi ni. ( segala nama dan cerita diubah sedikit bagi mengelakkan aku disaman, namun isi penting tak diubah)
Mungkin betul katanya, kita tak boleh nak emo2 sangat sebab banyak implikasi daripada keadaan tersebut. Kita boleh tengok contoh orang membunuh adalah disebabkan daripada emosi yang terganggu.
Itulah sebabnya ahli psikologi selalu cakap,
-
mulakan hari anda dengan ceria
-
tenangkan hati dengan wudu’
-
buang segala perasaan yang tidak baik dalam hati untuk ketenangan yang berterusan
Renung2kan dan selamat beramal…..
Terima kasih kepada orang yang bagi nasihat dan menyentapkan aku pagi2 ni. Kesedaran telah pun wujud dan aku kembali ok… Itulah sebabnya aku sayang kat kawan aku yang seorang ni, dalam kesentapan yang diberikan di pagi hari ada kebenarannya.hahaha.
-
-
hari ini aku tak dapat puasa sebab pagi2 lagi perut aku dah sakit gila. Sampai rasa tak larat nak pergi kelas, tapi kugagahi juga. sehingga ke saat ni juga perut aku masih lagi diserang sakit. apalah aku ni, dalam seminggu dua ni asyik salah makan je.
Filed under: Pelbagai | 1 Comment »
Posted on Ahad, Februari 24, 2008 by Insan Kerdil
Biasanya bila hujung minggu ramai yang akan menghabiskan masa mereka bersama keluarga, buah hati(aku jer yang single,haha)rakan2 dan sebagainya… Ada yang keluar berkelah, ada yang mungkin bershopping sakan(bagi yang kayalah) dan mungkin ada yang menghadiri kenduri kendara memenuhi tuntutan kawan2.
Tapi bagi seorang yang masih bergelar pelajar macam aku, biasanya hujung minggu adalah masa untuk tidur, berehat dan mungkin juga ada yang berjalan2 bersama ‘rakan2’.huhu. Jadi bolehlah juga dikatakan hari ini aku hanyalah duduk dalam bilik mengadap laptop kesayangan aku ni dan mengadap buku2(yeke???)
Yang pasti setiap hujung minggu ni memang aku akan lepak saja dalam bilik dan tak buat apa2. Nak keluar???(fulus beb) nak pergi dating???(mana nak cari awekz,sape nak jadi awek aku isilah borang,hahah) nak merayau2(kenderaan x de) Jadi kesimpulan mudah adalah duduk diam2 dalam bilik.
Bila dah duduk kat dalam bilik, ni sajalah yang aku boleh buat, tulis blog untuk semua pembaca baca coretan aku dekat page ni. Jadi terima kasihlah pada yang sudi untuk melawat dan meninggalkan komen anda di page ini.
Nanti kalau aku bosan dan ada cerita aku tulis lagi…
Filed under: Pelbagai | 1 Comment »