Minta maaf pada semua yang mungkin sudah bosan dengan tajuk entry bas merah ini…TApi banyak sangat benda yang jadi bila aku balik dengan bas merah ni.Mari kita mulakan dengan keadaan di rumah dulu. Macam biasalah aku suka bertolak dari rumah lebih kurang 2.00 petang(lepas zohor) Dan juga seperti kebiasaan aku akan berjalan kaki ke tempat perhentian bas.
Kisah yang pertama adalah aku diperli oleh Imam surau dekat2 dengan rumah aku tu. Dia tanya dekat aku, hari ni tak ada orang yang nak tumpangkan aku lagi??? Nak tahu kisahnya tengok entry yang bertajuk ‘aku dah balik’ Imam tu perli aku seolah2 aku biasa saja tumpang orang, tapi yang tambah sadis bila cara dia bertanya tu begini “tak nak tahan orang lagi ker???” pergh…………… MAcamlah sebelum ni aku yang tahan orang.(x pe2 kene sabar)
Kisah yang kedua, bila dalam bas nak balik ni pula, aku rasa macam pergi melancong ke PAKISTAN. Dahlah barang memang banyak, so kelihatan seperti pelancong di tanah air sendiri. Mereka ni aku rasa baru pulang dari menuntut ilmu agama dari orang2 Malaysia mungkin. Sebab bila dah naik bas tadi ada seorang warga tempatan meninggalkan amanah kepada meraka. Tapi yang paling kebetulan sekali dalam bas adalah dalam 15 orang, bila dekat stesen komuter Seremban jumpa lagi suku sakat. Sudah jadi dalam 30 orang pula. Bila dah naik komuter sampai stesen BATANG BENAR(tiada yang benar melainkan benar belaka) naik lagi dalam 10 orang.Ramainya kaum mereka…..Sehingga aku turun di stesen aku, mereka masih di atas train.
Kisah ketiga adalah kemalangan yang berlaku di SRI KENDONG(simpang nak masuk umah kawan aku). Kemalangan yang melibatkan kereta waja dan kereta wira aeroback di persimpangan jalan.(no plat di rahsiakan,takut ada yang nak main no ekor) Kedua2 kenderaan agak teruklah, tapi kondisi penumpang kedua2 kenderaan tak dapat dipastikan. Aku hanya dapat melihat kenderaan yang agak remuk di tengah dan tepi jalan. Semoga kita semua dijauhkan dari kemalangan seperti itu.(INSYAALLAH)
Yang paling penting malam ni, aku dah lalok awal sebab kesan ubat pagi dan tengahari tadi aku masih tak tidur2. Mesti malam ni aku tidur nyenyak. Dan yang paling penting harap2 gatal2 ni tak ganggu aku malam ni.hehehehe. Kaylah,ada cerita lagi aku tulis ya,daaa. HAVE A NICE DAY EVERYBODY
Filed under: Pelbagai | Tagged: SUKA-SUKA | 1 Comment »