Apa Gunanya Blog???

Sekarang ni bila aku baca blog orang aku dapat melihat pelbagai tujuan orang menulis blog. Cara penulisan mereka sahaja kita sudah boleh mengagak apakah sebenarnya yang ingin disampaikan. Emosi penulis akan dapat kita baca dari gaya penulisan, dari kesedihan, kegembiraan keghairahan dan apa jua perasaan dapat dilahirkan.

Itulah sebabnya orang kata dengan menulis kita dapat menzahirkan perasaan tanpa segan silu. Cuma pada yang mungkin malu2 atau hendak marah sesiapa bolehlah melakukan contengan di atas kertas. Kepada yang ingin berkongsi pengalaman atau perasaan boleh jugak menulis dalam blog atau shoutout friendster.

Ada yang mungkin menulis blog untuk berkongsi ilmu. Ada yang mungkin menulis blog untuk meluahkan perasaan. Ada yang mungkin menulis blog untuk mengecam atau melakukan kutukan. Ada juga yang menulis blog untuk ‘menembak satu sama lain’ dengan cara penulisan(kira kene tukar peribahasa ni, penulisan lebih tajam dari mata pedang,huhu).

Walau apa pun bentuk penulisan yang ingin dikongsi, itu terpulang kepada penulis itu sendiri. Tapi bak kata sitkom PUTERI, hidup ini cuma sekali jadi KITA ENJOY……