Baru belajar,
Teknik luahan rasa,
Beku dihati.
Pergi bersama,
Ke kota permainanku,
Gembira rasa.
Pulang ke kota,
Seribu pengalaman,
Membunga hati.
Kumohon maaf,
Atas kesalahanku,
Sedih hatiku.
Jangan disimpan,
Yang terbuku dihati,
Wahai kawanku.
Coretan rasa,
Luahan perasaan,
Hanya untukmu.
Mungkin ada yang tidak tahu, ini adalah cara atau bentuk penulisan pantun orang Jepun. ada beberapa perkara yang harus untuk dipatuhi dalam tatacara penulisan Haiku ini. Sesiapa yang berminat bolehlah aku tunjukkan dengan sedikit ilmu yang ada di dada. Terima kasih kepada ‘pendidik’ aku. Harap masih anggap aku sebagai ‘anak didikmu’.
Filed under: Pelbagai | 2 Comments »