Air Dan Debat…

Ayoooo…..Masalah air masih lagi membelenggu kolej kediaman aku ni. Tension betul dibuatnya, nasib baiklah hanya pada sebelah malam sahaja. Keadaan air yang tak ada tu pun tidak secara berterusan. Yang paling penting, ianya menyebabkan aku kena bangun seawal jam 6 untuk mandi walaupun kelas aku hari ini bermula jam 11. Tak apalah, ni cabaran…huhu

Hujung minggu ni pula di sebelah malam selama 3 hari berturut2 kena berdebat dekat 1 kolej di U*M ni. Bosannya sebab pertandingan ini adalah bertemakan ekonomi.(tertekan,byk no…..) Tapi apa yang menariknya adalah bagaimana perjalanan pertandingan debat ini akan dilaksanakan.huhu

Bayangkan kami perdebat2 UKM ni memang tak ramai, dan yang pastinya kesemua dari kami perlu untuk menjayakan pertandingan ini sebagai peserta dan dalam masa yang sama juga sebagai hakim. Dengan kata lain, kami boleh menjatuhkan pasukan lain dengan sesuka hati.hahaha…

Tapi bagi aku, demi memenuhi tuntutan penganjur iaitu untuk memberi penghayatan kepada pelajar kolej kediaman berkenaan, aku akan berpegang kepada konsep siapa hebat dia layak untuk menang.hahaha… Dan aku berharap team aku:

  1.  
    1. Panglima Jagumba J. Padasian(tahun 2)
    2. Affendi Asmat (tahun 1)
    3. Aku (tahun 2)

akan beroleh kejayaan yang cemerlang walaupun terpaksa menetang team2 senior…hahaha.. Senarai penuh peserta boleh didapati di laman AKASIA UKM…

Advertisement