Mungkin disebabkan cuaca yang tak tentu arah sekarang ni, yang kadang2 panas gila dan kadang2 hujan sehingga aku macam kesejukan gila telah mengakibatkan aku tak berapa sihat 2 3 hari ini. Sakit yang paling mudah menyerang ialah selsema. Hari ni pun aku selsema sebenarnya dan keadaan makin teruk bila menjelang pukul 10 malam ni. Sehingga menyebabkan aku terpaksa telan panadol soluble malam ni(nasib baik sedap..hahah).
Dalam pada masa aku tengah tak berapa sihat ni juga member datang minta tolong dan nasihat sikit dari aku. Disamping dia mengadu masalah yang dihadapi. Tapi rasanya tak perlu kot nak cerita dekat korang.huhu… Maaf ya, hal peribadi orang tak boleh cerita…
Oklah, aku nak tidurlah… Setelah mendengar masalah orang dalam keadaan tak sihat menyebabkan aku sedikit letih dan tidur jam 12.00 malam ya. Esok kena bangun pagi lagi(pukul 6), takut tak ada air. 😦Â
Filed under: Pelbagai | 2 Comments »