Pergh… Pagi2 jumaat ni aku dah mula rasa nak mengamuk je kat lecturer yang ada subjek *****lus. Mana taknya, hari ni tarikh akhir hantar kertas projek yang dia bagi sebelum pukul 11 22 FEB 2008. Yang hampehnya, masa nak hantar barulah cakap nak yang hardcopylah, tak nak yang dah diburnkan dalam CD.
Lepas tu, tambah lagi pula tu dengan nakkan 20 page printed dengan setiap satu ada 4 slide show… Dengan kata lain kitorang perlu menyediakan 80 slide tentang hasil jawapan pengiraan soalan yang telah diberikan. Gila ke apa?? Slide show untuk 1 topik dalam kuliah pun 45 slide je. Nak suruh kitorang merapu apa kat dalam tu?
Jadi aku dengan penuh konfiden dan tawakalnya hantar saja apa yang dah dibuat,iaitu 30 slide saja. Lantaklah, malas nak layan benda2 macam ni. Dan yang tambah menyakitkan hati bila ada pula waktu untuk lab perlu untuk diberikan kepada subjek yang sama. Dahlah kelas yang memang sedia ada tu dah penuh (kuliah 3 jam,tutor 1 jam, bengkel 1 jam). Menyebabkan jadual aku tu penuh gila. Ini bukan lagi subjek 3 unit tapi 6 unit macam unit untuk praktikal mengajar aku pula.
Jadi disebabkan itu, mood hari ini terus lebur dimamah kepenatan.
YA ALLAH berikan aku kekuatan…
Filed under: Pelbagai | 6 Comments »