Hujung Minggu

Biasanya bila hujung minggu ramai yang akan menghabiskan masa mereka bersama keluarga, buah hati(aku jer yang single,haha)rakan2 dan sebagainya… Ada yang keluar berkelah, ada yang mungkin bershopping sakan(bagi yang kayalah) dan mungkin ada yang menghadiri kenduri kendara memenuhi tuntutan kawan2.

Tapi bagi seorang yang masih bergelar pelajar macam aku, biasanya hujung minggu adalah masa untuk tidur, berehat dan mungkin juga ada yang berjalan2 bersama ‘rakan2’.huhu. Jadi bolehlah juga dikatakan hari ini aku hanyalah duduk dalam bilik mengadap laptop kesayangan aku ni dan mengadap buku2(yeke???)

Yang pasti setiap hujung minggu ni memang aku akan lepak saja dalam bilik dan tak buat apa2. Nak keluar???(fulus beb) nak pergi dating???(mana nak cari awekz,sape nak jadi awek aku isilah borang,hahah) nak merayau2(kenderaan x de) Jadi kesimpulan mudah adalah duduk diam2 dalam bilik.

Bila dah duduk kat dalam bilik, ni sajalah yang aku boleh buat, tulis blog untuk semua pembaca baca coretan aku dekat page ni. Jadi terima kasihlah pada yang sudi untuk melawat dan meninggalkan komen anda di page ini. 

Nanti kalau aku bosan dan ada cerita aku tulis lagi…

Festival Seni Tari Malaysia

Semalam aku dengan tidak semena2 telah pergi menonton festival ni dekat Panggung Seni *K*. Gara2 ikut kawan aku pun join jelah tengok orang menari. Semalam adalah malam persembahan dari pelbagai Institusi seperti UNITEN, UPM, UiTM, Sek. Sains Seri Puteri(sekolah Anis,hhaa) dan ada 2 3 buah institusi lain termasuk *K*.

Pada pandangan aku, tarian yang dipersembahkan oleh pelajar sekolah adalah lebih menarik dan dekat dengan hati. Walaupun pergerakan mereka taklah ‘perfect’ macam pelajar IPT ni, tapi sekurang2nya tak menyerabutkan kepala. Kalau melihatkan persembahan pelajar IPT memanglah pergerakan macam ‘perfect’ tapi tak faham dan tak dekat dengan hati.(ni pandangan akulah.)Ni bila kita cakap pasal tarian kreatif.

Tapi bila berbicara tentang pergerakan tarian asli memanglah semua memaparkan elemen asli yang baik cuma biasalah kadang2 pergerakan taklah sama, ‘perfect’ tapi oklah secara keseluruhan. Yang paling menarik bila persembahan dari pelajar2 sekolah cina dengan tarian renek(kalau x salahlah). Dengan gerakan tubuh genit mereka itu, mampu untuk mencuit hati penonton yang melihat.

Bila habis persembahan dari semua institusi majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan yang berlaku semalamnya. Aku tak tengok jadi tak boleh nak komen apa2.huhuhu.

Yang pasti masa tengah tengok orang menari, ada berita gembira yang aku terima iaitu Debat Ekonomi Kolej Burhanuddin Helmi dibatalkan….YAY………….