Semalam aku dengan tidak semena2 telah pergi menonton festival ni dekat Panggung Seni *K*. Gara2 ikut kawan aku pun join jelah tengok orang menari. Semalam adalah malam persembahan dari pelbagai Institusi seperti UNITEN, UPM, UiTM, Sek. Sains Seri Puteri(sekolah Anis,hhaa) dan ada 2 3 buah institusi lain termasuk *K*.
Pada pandangan aku, tarian yang dipersembahkan oleh pelajar sekolah adalah lebih menarik dan dekat dengan hati. Walaupun pergerakan mereka taklah ‘perfect’ macam pelajar IPT ni, tapi sekurang2nya tak menyerabutkan kepala. Kalau melihatkan persembahan pelajar IPT memanglah pergerakan macam ‘perfect’ tapi tak faham dan tak dekat dengan hati.(ni pandangan akulah.)Ni bila kita cakap pasal tarian kreatif.
Tapi bila berbicara tentang pergerakan tarian asli memanglah semua memaparkan elemen asli yang baik cuma biasalah kadang2 pergerakan taklah sama, ‘perfect’ tapi oklah secara keseluruhan. Yang paling menarik bila persembahan dari pelajar2 sekolah cina dengan tarian renek(kalau x salahlah). Dengan gerakan tubuh genit mereka itu, mampu untuk mencuit hati penonton yang melihat.
Bila habis persembahan dari semua institusi majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan yang berlaku semalamnya. Aku tak tengok jadi tak boleh nak komen apa2.huhuhu.
Yang pasti masa tengah tengok orang menari, ada berita gembira yang aku terima iaitu Debat Ekonomi Kolej Burhanuddin Helmi dibatalkan….YAY………….
Filed under: Pelbagai |
mane ade tarian renek…sebenarnye INANG GHENEK…tarian nie popular kat utara terutamanya KEDAH