Ke’busy’an…

Dalam kesibukan aku menyiapkan kerja2 yang sangat banyak untuk dihantar pada minggu depan, di samping mid sem exam yang juga akan berlaku minggu depan aku sempatlah membuat pengesahan jadual exam menggunakan laman web ( besalah *K* nie mmg sume kena melalui web…)

Apa yang aku nak ceritanya adalah berkaitan dengan jadual exam aku yang agak gila sikit. Kenapa??? Sebab killer subjek aku hanya dipisahkan 2 hari sahaja. Matilah aku nak studi macam tu. Hahahaha.. Dugaan betullah semester ni. Tapi sebenarnya aku tak kisah sangat pun, sebab aku rasa semester ni semuanya killer subjek. Hahaha…

Ini je nak cerita hari ini, sebab tak ada apa yang menarik pun nak dicoretkan buat tatapan korang semua. Yang best semua cerita dekat handset, tak boleh bagitahu…;huhu

p/s : hari ni aku akan berkejar ke sana sini sebab kelas yang pack sampai pukul 12 tghari di 2 fakulti yang berbeza tanpa gap masa langsung. mati…..

Emosi…

“Kita jgn emo2, nanti ***  jgk yg ssah. nnt *** jgk rasa x snang ati.” Itu massage yang aku dapat pagi ni. ( segala nama dan cerita diubah sedikit bagi mengelakkan aku disaman, namun isi penting tak diubah)

Mungkin betul katanya, kita tak boleh nak emo2 sangat sebab banyak implikasi daripada keadaan tersebut. Kita boleh tengok contoh orang membunuh adalah disebabkan daripada emosi yang terganggu.

Itulah sebabnya ahli psikologi selalu cakap,

  • mulakan hari anda dengan ceria
  • tenangkan hati dengan wudu’
  • buang segala perasaan yang tidak baik dalam hati untuk ketenangan yang berterusan

Renung2kan dan selamat beramal…..

Terima kasih kepada orang yang bagi nasihat dan menyentapkan aku pagi2 ni. Kesedaran telah pun wujud dan aku kembali ok… Itulah sebabnya aku sayang kat kawan aku yang seorang ni, dalam kesentapan yang diberikan di pagi hari ada kebenarannya.hahaha.

  •  
    • hari ini aku tak dapat puasa sebab pagi2 lagi perut aku dah sakit gila. Sampai rasa tak larat nak pergi kelas, tapi kugagahi juga. sehingga ke saat ni juga perut aku masih lagi diserang sakit. apalah aku ni, dalam seminggu dua ni asyik salah makan je.