Pangkat…

Prof Madya, Prof, Dr, Dato’, Datuk, Ir, Cik, En, Pn, dan pelbagai lagi panggilan yang ada dekat dalam dunia ini. Apakah kepentingan benda2 ni semua??? Adakah benda ini terlalu bermakna dalam hidup seseorang??? Jawapannya mungkin ya.

Tapi… Adakah bila sebuah pihak terlupa untuk memasukkan SALAH SATU pangkat yang ada pada seseorang wajar untuk dikenakan tindakan??? Jawapannya mungkin patut ditegur dan dimarahi jika mereka dari golongan yang profesional berkaitan dengan protokol.

Namun… Adakah orang yang melakukan kesalahan dari kalangan seorang bukan profesional termasuk orang yang menjadi medan perantara juga wajar untuk dimarahi??? Adakah wajar golongan ini di panggil BODOH oleh seorang yang mungkin PANDAI SANGAT(sampai dapat gelaran yang banyak sangat tu)???

Adakah orang yang telah pun mengakui kesilapan tidak wajar untuk dimaafkan langsung???(berat ni kayu ukurnya) Sedangkan nabi yang pernah dibaling batu, dilontar dengan najis dan hampir dibunuh juga masih boleh memaafkan, takkanlah perkara yang tidak pun diaanggap berdosa dalam ISLAM tidak dapat dimaafkan???

Inilah sebenarnya masalah orang melayu kita yang berpangkat besar…(maaf,memang kasar kata2 ni) Kita patut contohi bangsa2 lain seperti cha ya nun alif dan kap lam ya nga. Kesilapan ini tidak akan menjadi isu besar bagi mereka.

Adakah pangkat tersebut kita akan ukirkan di batu nisan yang akan menjadi identiti dan pangganti diri kita nanti??? Ingat semua pangkat itu hanyalah di dunia semata2, diakhirat kelak kita semua sama sahaja… Apa yang membezakan hanyalah amal dan takwa(pergh macam ustaz plak)

p/s : kepada mereka yang mendapat pangkat, janganlah anda sombong dan takbur dengan pangkat tersebut…