Terkucil…

Sewaktu menjadi emcee pada malam khamis yang lalu banyak benda yang aku dapat… Lagi2 setelah berapa tahun sudah tidak menjadi emcee.hehehe.. Kali terakhir sewaktu di tingkatan 5 Elektirk 2 di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JAAFAR. Terima kasih kepada En. Fairuz dan Pn. Harrison yang menjadi tenaga pengajar pada masa itu.

Majlis itu agak besar kerana ianya adalah Majlis kecemerlangan sekolah yang dihadiri oleh YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN juga merupakan CANSELOR UKM.hehehe.. Disebabkan pada waktu itu ingin menggunakan pelajar sebagai emcee, jadi aku amat bertuah kerana pada masa itu akulah emcee terbaik sekolah(perasannya…hahha)

Jadi apa lagi, semua cikgu dah mula risau dengan keadaan itu kerana bimbangkan akan ada masalah nanti bila majlis berlangsung. Tapi alhamdullillah semuanya berjalan lancar dengan perfectnya(walaupun aku kene bergerak 2 venue berasingan dalam masa 5 minit) Tidak langsung aku terkucil, terlupa atau segala ‘ter2′ yang ada.

Namun penampilan semula aku kali ini(ala Dato’ CT) agak mengecewakan apabila aku terkucil pada 1 baris pantun. Jatuh reputasi aku.wakaka… Walaubagaimana pun aku rasa benda itu tidaklah sebesar mana.hehehe

Tapi bab yang paling best bila waktu postmortem majlis itu, ada seorang cik akak ni(cntik tau) tiba datang pada aku dan bagitahu bahawa suara aku sedap didengar bila menjadi emcee(mesti ada yang jeles nanti,haha) Dan yang best juga bila hampir semua AJK mengucapkan tahniah kerana aku berjaya menghidupkan suasana majlis tidak formal dinner tersebut(sesuatu yang aku tak pernah buat) dan x pernah dilakukan oleh emcee sebelumnya.

Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran ats kurniaan bakat yang diberikan kepada aku ini. Akanku gunakan dengan sebaik mungkin.hehehe

p/s : sape pasni nak suh aku jd emcee byrlah…..hahaha