Kejutan…

Seperti yang semua orang tahu, selepas pengundi melaksanakan tanggungjawab semalam (tidak termasuk aku) satu keputusan paling mengejutkan telah berlaku iaitu tidak ada parti yang berjaya untuk diiktiraf sebagai parti majoriti untuk mentadbir kerajaan.

Perkara ini perlu dibawa kepada Yang Dipertuan Agong Malaysia bagi memilih kerajaan yang baru. Aku rasa perkara-perkara lain tidak perlu untuk aku sentuh kerana semua telah sedia maklum. Banyakkanlah membaca bagi menambah pengetahua ataupun duduklah bersama mereka yang banyak berbicara isu politik.

Namun satu perkara yang perlu untuk dipelajari adalah “Demi Kelangsungan HidupĀ : Sudah Tiba Masanya Kita Berubah”

p/s : Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak cuba lagi di lain masa.