Pulang

Setelah 2 Entry sebelum ni bercerita tentang pilihanraya, mari aku pesongkan sekejap pembacaan semua kepada kehidupan aku.hehehe. Sebenarnya tidak ada cerita yang menarik dapat dikongsi bersama, cuma mungkin sedikit pengalaman yang aku kutip dapat untuk dikongsikan.

Aku sebenarnya telah mengikut kawan pulang ke kampungnya. Mengikut orang untuk mengundi di kampung halaman, maklumlah aku masih lagi tidak layak untuk mengundi, menjadi pengikut pun kira oklah. Ingin pulang keĀ  kampung halaman sendiri, ibu bapa aku bukanlah orang yang tahu pasal politik. Mengundi pun tidak,aku rasa.haha.

Satu perkara yang aku belajar ialah kita perlu untuk mengetahui keadaan semasa negara lebih-lebih lagi berkaitan politik. Kalau tidak kita akan mengikut sahaja apa yang berlaku dalam negara, ataupun menjadi pengundi kurang berilmu (atau menjadi pendengar sahaja, tanpa dapat memberikan pandangan)

Yang menariknya, seluruh keluarga kawanku ini memang minat politik. Dari bapa, ibu dan adik beradik semuanya pakar dalam bab politik. Jadi bila aku yang tidak tahu sangat berada disitu, maka akan terdiam seribu bahasalah aku mendengar sahaja. Mencerap segala ilmu dengan cepat.haha(bayangkan aku yang banyak cakap ni terdiam?susahkan?)

Walau apapun, terima kasih kepada kawanku ini, sebab sudi bawa aku balik kampung dan secara tidak sengaja sebenarnya dah ajar aku banyak benda, lagi-lagi berkaitan dengan politik ni. Terima kasih sebab belanja aku makan dan yang paling penting bawa aku keluar dari dunia UKM ni sekejap. Nanti bawalah jalan lagi.hahaha

PANDANGAN

Masih bercerita tentang pilihanraya umum ke 12 yang baru berakhir sabtu lalu. Seperti semua sedia maklum parti barisan nasional walaupun memenangi pilihanraya ini dengan majoriti mudah (140 kerusi parlimen) namun mereka telah kehilangan 5 buah negeri ke tangan pembangkang.

Apa yang menarik untukĀ dikongsi adalah bagaimana pandangan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Shahidan Kassim (Menteri Besar Perlis) mengulas tentang kemenangan barisannya di Perlis (pada mulanya negeri yang paling dikhuatiri akan jatuh ke tangan pembangkang dan merupakan negeri terakhir yang mengumumkan senarai calon mereka).

Beliau memberikan pandangan yang boleh ditafsirkan sebagai “mereka yang tahu mengenai sesebuah negeri itu sahaja yang tahu apa masalah sebenar negerinya dan tidak perlu campurtangan orang lain untuk menyelesaikannya”. Disebabkan perkara inilah calon bagi parlimen bagi negeri Perlis lewat untuk diumumkan kerana beberapa kali ditukar. Dan hasilnya? 1 sahaja kerusi DUN jatuh ke tangan pembangkang.

Ditambah dengan cara barisan negeri Perlis ini dengan manifesto yang boleh diklasifikasikan sehingga ke akar umbi telah mampu untuk menarik minat pengundi. Strategi yang digunakan ini berlainan sedikit dengan manifesto negeri-negeri lain. Benarlah, hanya yang memerintah negeri tersebut tahu apa yang perlu untuk dilakukan.

p/s : jangan dengar cakap orang ketika kita sedang membuat keputusan, kerana pengaruh itu tidak semestinya betul lebih2 lagi daripada orang yang baru berkecimpung dalam sesuatu perkara itu.