PANDANGAN

Masih bercerita tentang pilihanraya umum ke 12 yang baru berakhir sabtu lalu. Seperti semua sedia maklum parti barisan nasional walaupun memenangi pilihanraya ini dengan majoriti mudah (140 kerusi parlimen) namun mereka telah kehilangan 5 buah negeri ke tangan pembangkang.

Apa yang menarik untuk dikongsi adalah bagaimana pandangan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Shahidan Kassim (Menteri Besar Perlis) mengulas tentang kemenangan barisannya di Perlis (pada mulanya negeri yang paling dikhuatiri akan jatuh ke tangan pembangkang dan merupakan negeri terakhir yang mengumumkan senarai calon mereka).

Beliau memberikan pandangan yang boleh ditafsirkan sebagai “mereka yang tahu mengenai sesebuah negeri itu sahaja yang tahu apa masalah sebenar negerinya dan tidak perlu campurtangan orang lain untuk menyelesaikannya”. Disebabkan perkara inilah calon bagi parlimen bagi negeri Perlis lewat untuk diumumkan kerana beberapa kali ditukar. Dan hasilnya? 1 sahaja kerusi DUN jatuh ke tangan pembangkang.

Ditambah dengan cara barisan negeri Perlis ini dengan manifesto yang boleh diklasifikasikan sehingga ke akar umbi telah mampu untuk menarik minat pengundi. Strategi yang digunakan ini berlainan sedikit dengan manifesto negeri-negeri lain. Benarlah, hanya yang memerintah negeri tersebut tahu apa yang perlu untuk dilakukan.

p/s : jangan dengar cakap orang ketika kita sedang membuat keputusan, kerana pengaruh itu tidak semestinya betul lebih2 lagi daripada orang yang baru berkecimpung dalam sesuatu perkara itu.

Advertisement

2 Respons

  1. mcm penah bace artikel nie..tp lupe la kat mane..

    p/s : besalah,sebab benda nie mmg ramai yg tulis kat blog, so x menghairankan bila semua orang suka berkenaan dengan kenyataan nie…

  2. Lain kali, Pak Lah jangan dengar cakap si Khairy Jamaluddin tu !

    http://penamaya.wordpress.com

    p/s : setuju…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: