Setelah 2 Entry sebelum ni bercerita tentang pilihanraya, mari aku pesongkan sekejap pembacaan semua kepada kehidupan aku.hehehe. Sebenarnya tidak ada cerita yang menarik dapat dikongsi bersama, cuma mungkin sedikit pengalaman yang aku kutip dapat untuk dikongsikan.
Aku sebenarnya telah mengikut kawan pulang ke kampungnya. Mengikut orang untuk mengundi di kampung halaman, maklumlah aku masih lagi tidak layak untuk mengundi, menjadi pengikut pun kira oklah. Ingin pulang ke kampung halaman sendiri, ibu bapa aku bukanlah orang yang tahu pasal politik. Mengundi pun tidak,aku rasa.haha.
Satu perkara yang aku belajar ialah kita perlu untuk mengetahui keadaan semasa negara lebih-lebih lagi berkaitan politik. Kalau tidak kita akan mengikut sahaja apa yang berlaku dalam negara, ataupun menjadi pengundi kurang berilmu (atau menjadi pendengar sahaja, tanpa dapat memberikan pandangan)
Yang menariknya, seluruh keluarga kawanku ini memang minat politik. Dari bapa, ibu dan adik beradik semuanya pakar dalam bab politik. Jadi bila aku yang tidak tahu sangat berada disitu, maka akan terdiam seribu bahasalah aku mendengar sahaja. Mencerap segala ilmu dengan cepat.haha(bayangkan aku yang banyak cakap ni terdiam?susahkan?)
Walau apapun, terima kasih kepada kawanku ini, sebab sudi bawa aku balik kampung dan secara tidak sengaja sebenarnya dah ajar aku banyak benda, lagi-lagi berkaitan dengan politik ni. Terima kasih sebab belanja aku makan dan yang paling penting bawa aku keluar dari dunia UKM ni sekejap. Nanti bawalah jalan lagi.hahaha
Filed under: Pelbagai |
Tinggalkan Jawapan