Aku tertarik dengan satu ceramah yang aku dengar melalui roomate aku semalam. Maklumlah roomate aku ini memang seorang yang suka untuk ‘mendownload’ video-video ceramah agama dari internet. Setiap hari akan ada sahaja ceramah yang baru untuk dia tonton dan secara langsung aku pun tertonton sama.(ter???)
Dalam ceramah itu, penceramah asyik menegaskan bahawa ada 1 masalah orang melayu Malaysia. Apakah dia? Mudah sahaja iaitu beribadah banyak tapi berbohong dan menipu juga banyak. Apa yang lebih membuatkan aku tergelak adalah istilah bohong sunat yang sangatlah digemari oleh orang melayu kita. Walaupun hukum itu tidak ada dalam Islam.
Jadi aku yang dah tertonton ceramah itu, terus sahaja mengikuti ceramah tersebut sampai ke akhirnya. Banyaklah perkara yang dikupas oleh penceramah dan aku rasakan banyak perkara-perkara tersebut sememangnya dilakukan oleh masyarakat kita pada hari ini. Berbohong untuk menutup pembohongan yang lain sudah menjadi asam garam kehidupan masyarakat kita.
Semoga aku tidaklah dibohongi dan juga tidak melakukan pembohongan seperti itu. Kepada yang mungkin pernah berbohong kepadaku, aku maafkan sekiranya aku tidak tahu dan semoga aku tidak terus tahu kerana jika perkara tersebut dapat kuketahui alangkah sedihnya hati ini.hahaha.
p/s : pergh serius giler entry kali ini….
Filed under: Pelbagai |
Tinggalkan Jawapan