SPM

  •  PUTRAJAYA: Seramai 6,247 atau 1.42 peratus daripada 439,255 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 5,685, tahun sebelumnya.
  • “Di samping itu, 2,911 (0.75 peratus) calon gagal atau mendapat gred 9G dalam semua mata pelajaran berbanding 2,823 (0.79 peratus) pada 2006,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Haili Dolhan.

Inilah sedikit keputusan Spm yang aku kutip dari laman berita harian pagi ini. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, janganlah berputus asa, ini bukanlah satu titik penamat bagi semua.

Mari kita analisa sedikit berdasarkan dua pernyataan yang aku petik ini. Pertama mungkin kita akan bergembira kerana mereka yang semakin pandai bertambah walaupun PPSMI diperkenalkan di sekolah. Namun cuba kita lihat kepada pernyataan kedua bahawasanya mereka yang gagal semua matapelajaran juga bertambah. Apakah yang berlaku? Adakah jurang mereka yang pandai dan kurang pandai akan semakin bertambah?

Diharapkan pihak kerajaan dapatlah memandang perkara ini dengan teliti kerana sasaran kita ingin mencapai status negara maju dan memperkasakan modal insan mungkin akan terjejas jika perkara ini tidak kita atasi.

p/s : Teringat masa muda2 dulu ketika kembali ke sekolah untuk mengambil keputusan, berdebar sungguh. Alhamdullillah aku bersyukur dengan keputusannya walaupun jangkaan ku meleset kerana tersasar jauh dari target asal. tidak mengapalah, biarlah kenangan itu menjadi 1 kenangan untuk dijadikan pedoman.huhu. adios

TERKINI :

Pelajar terbaik SPM tahun ini ialah Azali Azlan dari SMKA Yan Kedah telah mencatatkan 20 1A dan 1 2A dalam SPM 2007. Rekod ini secara tidak langsung telah melebihi Nur Amalina(pelajar terbaik batch aku 2004, 17 1A) Tahniah buat mereka.

p/s : Banyak giler subjek….pening wooo

Advertisement

Satu Respons

  1. itu la..kelebihan yg ade pd sesorg,ttapi tiade pd individu lain.ssngguhnya Allah mnjadikn kite ni dgn brbgai2 kelebihan.dn tk lupe kkurangan.ape pun Allah tu Maha Adil…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: