ROOMATE

 Aku ingin memohon maaf kepada roomate aku kerana di sebabkan kecuaian aku kau telah kehilangan wang ringgit. Ini semua akibat tangan aku yang gatal tak nak kunci bilik sewaktu pulang ke kampung tempoh hari. Jikalah aku kunci bilik itu pasti wang mu tidak akan hilang…

Maafkan aku sekali lagi…

p/s : nasib baik pagi tu aku nak jugak bawa balik acer 4520 aku ni ke rumah. cadangan awal tidak begitu kerana berat. Alhamdullilah Allah memberikan aku petunjuk kepadaku pagi itu.

JAHITAN

Tangan aku terpaksa dijahit penangan ketuat yang menular (macam banyak jer) di tangan aku. Pulangnya aku ke rumah tempoh hari telah menyebabkan tangan aku dijahit untuk memulihkan luka di tangan (nasib baik bukan luka dihati,jiwang plak…)

Kali terakhir tubuh aku dijahit adalah ketika berumur 11 tahun. Waktu itu adalah kerana aku ber*un*t… hehee, terlucah pulak. Jadi akibat sudah lama tidak pernah dijahit, maka aku rasalah sakit dan denyutan jahitan sekarang ni. Sampai tidak boleh tidur malam.hahaha. Tapi tidaklah sakit mana, namun bila berdenyut tu rasalah juga.

Semoga tangan aku ni cepat sembuh kerana aku agak sukar untuk menulis dan membuat kerja kerana jahitan ini di tangan kananku. Ditambah banyak benda lain juga tidak dapat untuk aku lakukan. Tolong……