Dalam aku bergembira hari ini, masih ada lagi perkara yang akan menjadi ketakutan aku. Mungkin orang biasa akan mengatakan perkara ini sebagai perkara biasa, namun bagi aku ianya sebuah tugas dan amanah yang sangat berat.
Esok aku akan menjadi saksi bagi kes bunuh yang berlaku. Kes bunuh yang melibatkan sepasang suami isteri yang dituduh telah mendera anaknya sehingga mati. Aku sekarang dalam ketakutan juga, kerana inilah kali pertama aku akan ke mahkamah dan menjadi saksi.
Doakan agar aku tidak menganiayai sesiapa melalui percakapan dan keterangan aku esok. Apa yang berlaku akan aku bagitahu lagi esok. Doakan aku yer..
Filed under: Pelbagai |
alah mock court…
nie betullah….
ala..pure2 jd inspektor 30thn dlm mock court…xperlu luck pon…
yeke..biar betul?