MENARIK

Hari ini ada beberapa perkara menarik yang aku ingin kongsikan bersama rakan semua.

1) Pagi-pagi lagi seorang member aku ni dah buat lawak dalam dewan kuliah. Biarlah aku rahsiakan namanya dan berilah gelaran Z kepadanya. Begini, masa kitorang duk seronok-seronok borak masa lecturer tengah bagi kuliah, dia dengan tidak semena-mena telah tergolek dari tempat duduknya (kerusi patah). Maka al-kisah seluruh orang yang tengah konsentrate kuliah ( yang duduk belakang) teruslah memandang dan menghadiahkan 1 gelak tawa untuknya. Aku??? Jangan ceritalah bila dah aku yang gelak.

p/s : jangan borak-borak ketika kuliah….

2) Petang ni, waktu kelas kelas critical thinking, lecturer yang masuk ni menggantikan lecturer yang sepatutnya. Beliau adalah seorang pelajar PhD di FTSM UKM. Jadi disebabkan itu, beliau adalah menjalankan satu research dan seperti biasalah kami ini sebagai respondannya. Apa yang menariknya, pelajar diberikan sekotak Air Soya dan juga coklat ‘cloud 9’. Apa lagi semangatlah semua pelajar nak buat researchnya itu.

p/s : Terima kasih atas coklat dan air tu,lain kali gunakan kami lagi sebagai respondan…

3) Ini perkara paling best buat hari ini. Bila habis saja kuliah yang diberikan coklat dan air tadi, hujan telah pun membasahi Bumi. Aku dan seorang rakan ini apa lagi, dengan penuh konfiden redah juga hujan tu. Nak mandi hujan. KENIKMATANnya tidak dapat dibayangkan.huhu.. Best betul dapat mandi hujan bila dah besar-besar macam ni. Maklumlah dah lama tinggalkan kerja-kerja macam ni.

p/s : Bila dah kena hujan cepat-cepat mandi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: