MOCK : PENAT

Sebenarnya aku kena jadi saksi olok-olok untuk team pendakwaraya Abg Bob bagi mock court pelajar tahun akhir Fakulti Undang-Undang UKM. Disebabkan mereka perlu menjalankan 1 kes bunuh, maka aku menjadilah saksi pendakwaraya pertama selaku Pegawai Penyiasat (Inspektor Polis). Besar pangkat aku.hehehe

Apa yang meletihkan bilamana aku di soal balas oleh pihak peguam bela selama lebih kurang 1 jam 45 minit. (cross examined) Baru aku tahu letih bila jadi saksi kes mahkamah. Tapi yang memenatkan bila soalan-soalan yang diberikan itu agak memeningkan dari pihak peguam bela. Arghhhh,tensionnya………..

Tetapi ada 1 perkara yang aku rasa telah menjerat diriku. Matilah aku ketika itu dan menyebabkan aku terdiam dan terkedu tidak terkata. Malunya aku… Sehingga meneyebabkan hakim itu sendiri bertanya kepada aku “boleh ke tidak jawab soalan tu?”…Malunya…

Yang paling penting benda ni memang memenatkan tapi memberi satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Terima kasih kepada Abg Bob and The Gang