MATI

“Hari ini aku berada di awang-awangan… Aku seperti hidup keseorangan. Di dunia nyata mahupun di alam maya. Aku seperti tidak mempunyai teman untuk berhibur. Seolah satu kematian pemikiran sedang menjemputku.

Dari pagi hingga ke petang aku cuba untuk menceriakan diri dan menghidupkan suasana, namun nampknya usaha itu masih gagal. Aktiviti yang cuba untuk di rancang bersama rakan di batalkan di saat akhir menyebabkan kepala aku berpusing-pusing.

Tidak mengapalah, mungkin sudah nasibku…” luahan kawanku.

MAULIDUR RASUL

Bersempena 12 Rabiul Awal hari ini, marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Maka aku telah ukirkan 1 haiku untuk tatapan semua. Mungkin ada yang pernah membacanya :

Kaulah yang satu,

Menjadi kekasihNya,

Nabi Muhammad.

Rabiul Awal,

Lahir pemimpin umat,

Kekasih Allah.