KAMPUNG

Minggu ni aku akan balik lagi ke rumah aku. Kiranya sudah 2 minggu berturut-turut aku pulang ke rumah. Mesti orang cakap aku anak manja. Jangan salah sangka ya, aku balik bersebab.

Kalau minggu lepas aku balik sebab nak melakukan pembedahan kecil, minggu ni aku akan pulang untuk membuka pula jahitan yang telah dilakukan ke atas aku. Bencilah, mesti sakit.huhu.. Lagipun kos pergi balik dan ke klinik lagi, pokailah aku…

Tapi tak apalah, janji boleh balik dan rasa masakan mak dan manja-manja dengan mak aku, duit tidak menjadi masalah. Hahaha. Manjanya aku, jangan jeles yer… Dan juga bolehlah aku peluk-peluk anak buah aku yang comel-comel macam aku…

KUNJUNGAN HORMAT

Semalam rakan pendebat dari UM iaitu saudara ALI sudi untuk mencemar duli kedivaannya untuk melawat aku dekat UKM ni kira-kira jam 12 TENGAHMALAM. Dia bersama delegasi wanitanya telah pun berjumpa dengan aku. Sebenarnya diorang nak hantar sepupu salah seorang dari budak-budak perempuan tu dekat kolej sebelah.

Aku punyalah seronok, maklumlah sudah lama tak berjumpa dengan rakan-rakan pendebat dari U lain ni. Lagi-lagi pulak si ali asyraf ni memang rapatlah (maklumlah kami guru fizik Semalaysia) Bila dah jumpa faham-faham sajalah, gelak sakanlah kitorang dekat kafe tu. Isu perbincangan pergh sensord (ada bagi teka-teki lucah malam2)

Memang seronoklah, sebab kalau jumpa dekat tempat pertandingan debat pun bukannya dapat berborak sangat sebab masing-masing sibuk dengan persediaan. Jadi bila berjumpa semalam haruklah jadinya. Member-member wanita diorang pun spoting dan kitorang borak macam kawan lama walaupun baru beberapa minit berkenalan.hehehe

p/s : Mengenai lawatan balas ke UM akan ku pertimbangkan, maklumlah kenderaan tak ada. Menjadi 1 masalah sikit pula nanti. Terima kasih atas kesudian lawatan tak sengaja korang jumpa aku semalam. Terhibur hati yang agak murung semalam.wakakaka

TERKINI :

Sewaktu aku sedang menulis entry ni, sedang berlangsung perarakan Maulidur Rasul di UKM ni. Aku berarak atas katil saja.huhuhu