Minggu ni aku akan balik lagi ke rumah aku. Kiranya sudah 2 minggu berturut-turut aku pulang ke rumah. Mesti orang cakap aku anak manja. Jangan salah sangka ya, aku balik bersebab.
Kalau minggu lepas aku balik sebab nak melakukan pembedahan kecil, minggu ni aku akan pulang untuk membuka pula jahitan yang telah dilakukan ke atas aku. Bencilah, mesti sakit.huhu.. Lagipun kos pergi balik dan ke klinik lagi, pokailah aku…
Tapi tak apalah, janji boleh balik dan rasa masakan mak dan manja-manja dengan mak aku, duit tidak menjadi masalah. Hahaha. Manjanya aku, jangan jeles yer… Dan juga bolehlah aku peluk-peluk anak buah aku yang comel-comel macam aku…
Filed under: Pelbagai |
Tinggalkan Jawapan