Semalam rakan pendebat dari UM iaitu saudara ALI sudi untuk mencemar duli kedivaannya untuk melawat aku dekat UKM ni kira-kira jam 12 TENGAHMALAM. Dia bersama delegasi wanitanya telah pun berjumpa dengan aku. Sebenarnya diorang nak hantar sepupu salah seorang dari budak-budak perempuan tu dekat kolej sebelah.
Aku punyalah seronok, maklumlah sudah lama tak berjumpa dengan rakan-rakan pendebat dari U lain ni. Lagi-lagi pulak si ali asyraf ni memang rapatlah (maklumlah kami guru fizik Semalaysia) Bila dah jumpa faham-faham sajalah, gelak sakanlah kitorang dekat kafe tu. Isu perbincangan pergh sensord (ada bagi teka-teki lucah malam2)
Memang seronoklah, sebab kalau jumpa dekat tempat pertandingan debat pun bukannya dapat berborak sangat sebab masing-masing sibuk dengan persediaan. Jadi bila berjumpa semalam haruklah jadinya. Member-member wanita diorang pun spoting dan kitorang borak macam kawan lama walaupun baru beberapa minit berkenalan.hehehe
p/s : Mengenai lawatan balas ke UM akan ku pertimbangkan, maklumlah kenderaan tak ada. Menjadi 1 masalah sikit pula nanti. Terima kasih atas kesudian lawatan tak sengaja korang jumpa aku semalam. Terhibur hati yang agak murung semalam.wakakaka
TERKINI :
Sewaktu aku sedang menulis entry ni, sedang berlangsung perarakan Maulidur Rasul di UKM ni. Aku berarak atas katil saja.huhuhu
Filed under: Pelbagai |
haha… nasib baik cerita satu lagi tu ko x tulis kat sini…
p/s : cerita itu sensord…wakakaka…tapi teka-teki itu tetap menjadi perhatian…wakaka
ehm….ala asal nama ali je ade…nama sy awk x nk letak ke???hehe
p/s : hehee..sbb yg len bce mgkn knal ali jer…jgn riso,pasni tgk tau promote blog awak plak..