SEBELUM DAN SELEPAS

Entry yang sebelum ini aku ada ceritakan tentang kepulangan aku kali ini adalah untuk membuka jahitan. Jadi aku begalah korang semua tengok keadaan sebelum dan selepas kejadi itu berlaku…

dsc00250.jpg

ini keadaan lebih kurang 1 jam sebelum dibuka…nampak tak benang yang ada tu. aku kena 2 jahitan

dsc00257.jpg

ini pula gambar sehari selepas dibuka, kesan dia seolah2 masih terbelah…

AF6

Aku rasa AF6 seperti telah kehilanagan bisa yang dijana selama 5 musim. Bermulanya konsert pertama semalam aku dapat rasakan seperti banyak kekurangan yang ada di dalam konsert ini. Tetapi ianya begitu susah untuk aku tafsirkan. Mungkin aku menulis tentang AF6 ini tidaklah sehebat Sultanmuzaffar yang memang mengkaji dan memerhati AF untuk ditulis di lamannya.

Biarlah aku mulakan dengan memberi komen keadaan masa persediaan mereka (melalui diari af dan juga konsert)

  1. Penjaga rumah yang terlalu muda untuk lelaki dan juga wanita. (ini aku rasa menyukarkan komunikasi dan aku lihat pelajar tidak mesra,tapi mungkin kerana ini minggu pertama.)
  2. Keadaan pelajar yang suram. (mungkin af yang sebelumnya aku melihat mereka di awal minggu sudah menunjukkan keadaan ingin daya belajar yang tinggi dan tidak pasif.)
  3. Sewaktu konsert. (dari persembahan pelajar yang membosankan sehinggalah kepada penonton yang tidak seperti wujud di dalam stadium menyebabkan af kelihatan sangat2lah kehilanagn sengat dan bisanya.)

Carta Undian Selepas Konsert ( sumber dari pemerhati tetap yang telah diberimandat oleh pihak Astro)

1. Stanly
2. Stacy
3. Nadia
4. Saida
5. Riz
6. Faisal
7. Naim
8. Rina
9. Alif
10. Toi
11. Nubhan
12. Ika
13. Lufya
14. Yana

Aku merasakan persembahan pelajar semalam adalah berdasarkan ranking ini juga. Tidak banyak bezanya.