DILARANG MEROKOK

328645707_21d8be37e8.jpg

Apakah maksudnya papan tanda ini? Aku rasa seluruh rakyat Malaysia tahu apakah maknanya semua ini. Namun aku rasa ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak mematuhi arahan ini. SETUJU???

Di Malaysia sahaja aku kira begitu banyak papan ini diletakkan di kawasan awam, dalam kenderaan awam dan banyak lagi. Namun hari ini aku nak bercerita pasal tanda ini di dalam kenderaan awam.(maklumlah baru balik dari rumah naik bus antik,wakaka)

Kalau semua orang perasan, biasanya kalau perkhidmatan bus biasa @ bus lompat @ bus tin-tong @ banyak lagi istilah, tanda ini tidak dipedulikan langsung (membazir saja letak dalam bus). Yang paling dahsyatnya, apabila pemandu itu sendiri yang melanggar arahan ini. BETUL TAK???

Tidak kasihankah mereka kepada yang tidak merokok? Tidakkah mereka fikirkan tentang kesihatan orang lain? Tidakkah mereka tahu bahawa “second smoker” itu lebih berisiko tinggi untuk menerima padahnya berbanding perokok itu sendiri? Tidakkah mereka bayangkan bahawa orang yang menerima kesan akibat dari orang lain itu adalah ahli keluarga mereka? (Jahanam sungguh) “Lu pikirlah sendiri” kata Nabil juara Raja Lawak.

Aku ingin sekali berterima kasih kepada seorang pakcik pemandu yang sangat prihatin terhadap perkara ini telah memarahi kepada mereka yang sangat degil ini. Dia telah menyelamatkan aku dari terhidu asap yang berkepul-kepul itu. Moga pakcik itu akan terus memarahi sesiapa saja yang degil. 

Advertisement

3 Respons

  1. isu sensitif.. :p

    p/s : maaf kalo terasa.huhu

  2. ngeee… komen aku no comment!!! wakakaka…

  3. kawasan dilarang merokokituapa ya???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: