Kalau semalam giliran kumpulan aku buat presentation dengan isi dan persembahan yang mudah, tepat dan padat, hari ini hadir seorang wanita cantik yang mempunyai gaya bercakap yang sangat menarik. (semalam akulah yang paling menarik,wakaka)
Gaya seperti Ustazah Siti Norbahiyah. Siapa tidak kenal dengan ilmu “cakaran harimau” ( hari2 mahu,hahaha) Gaya yang tenang dan begitu bersahaja menarik sesiapa sahaja yang mendengar. Aku adalah antara orang yang sangat meminati gaya ceramah oleh beliau.
Namun hari ini, aku berpeluang menyaksikan seorang klon beliau pada presentation 1 subjek pagi tadi. Dengan suara yang sedap untuk didengar, muka yang manis (sedap mata memandang) dan juga gayanya, telah memaku aku untuk mendengar setiap butir bicaranya (perghhh,ala-ala jiwang pula.)
“Hari ini, jika orang mencuri kita tidak akan kata tangannya jahat. Tapi hatinya yang kotor”katanya. Ditambah lagi,
“Hari ini jika seseorang melakukan maksiat, kita tidak akan kata kemaluannya yang salah. Tapi hatinya yang kotor”katanya. (tergelak aku mendengarnya,tak sangka pandai buat lawak juga)
Menarik sungguh gaya bahasa yang digunakan. Mudah, lawak dan mampu menarik perhatian. Di dalam kelas itu aku rasakan seperti pergi mendengar ceramah agama, dek kerana gaya persembahannya. Boleh buat calon isteri.Wakakaka.
p/s : jangan menggatal di dalam kelas.
Filed under: Pelbagai |
ehm….perempuan itu??? som1 keh??jhahhaa
p/s : eh x lah…jgn slah sangka dan buat spekulasi yer………