HARI INI DALAM SEJARAH

Hari ini kalau dalam sejarahnya, 21 tahun yang lalu telah dilahirkan seorang kanak-kanak comel di Hospital Besar Melaka bersebelahan dengan Masjid Al-Azim pada jam 6.45 petang. Kelahiran yang memberikan sinar harapan untuk seorang kanak-kanak lelaki bagi merasai nikmat dunia.

Hari ini dalam sejarahnya, budak lelaki itu telah pun melayakkan dirinya untuk mengundi pada pilihanraya seterusnya. Mengundi untuk pembangunan negara dan yang paling penting undi anda adalah rahsia. Berubah satu perkara dalam hidup budak itu. Yay, budak itu semakin tua.

Hari ini dalam sejarahnya, pada tarikh keramatnya itu budak itu sibuk dengan kerjanya sehingga menyebabkan tiada rasa yang dapat diluahkan. GEMBIRA? SEDIH? LETIH? TENSION? Tidak dapat dinyatakan. BLURRRRRR

Hari ini juga dalam sejarahnya, sambutan hari jadi budak itu dilakukan 1 jam awal dari tarikhnya. Apa kejadahnya semua ini? Part yang paling best, orang yang diraikan berjaya merampas peralatan perang yang digunakan pihak lawan (bijaknya dia).

dsc00267.jpg                   dsc00269.jpg

Hari ini juga dalam sejarah bila dia telah membeli sekeping coklat bar yang besar untuk dirinya. Konon-konon sebagai hadiah bezday, tapi sebenarnya dah lama tak makan coklat.Haahaha.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT INSAN BERNAMA KHAIRUL ANUAR BIN SALIM KE 21. sEMOGA APA YANG DIHAJATKAN AKAN SENTIASA TERMAKBUL. SEMOGA MURAH REZEKI. SEMOGA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK. SEMOGA DIBERIKAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. DAN SEGALA SEMOGA YANG ADA.

1111.jpg

SEDAPNYA KEK INI. TETAPI DEK KERANA SEDANG DIET, TERPAKSA MAKAN SIKIT SAJA.(sekadar perhiasan)