HADIAH BERMAKNA

Ini merupakan hadiah-hadiah yang aku terima untuk bezday kali ini. Maklumlah, sudah 4 atau 5 tahun sudah tidak menerima hadiah di hari lahir. Jadi terima kasih kepada pemberi-pemberi hadiah ini.

Sedikit gambar-gambar hadiah yang aku terima :

dsc00286.jpg        dsc00288.jpg

Ini hadiah yang pertama aku terima semalam. Sehelai baju dan sebiji bantal untuk aku peluk. Hahahaha. Sebenarnya ada 2 lagi hadiahnya, minyak angin dan rahsia. Wakakaka…Terima kasih atas hadiah ini…Sayang bangat sama kamu. 

 

dsc00281.jpg           dsc00287.jpg

Ini pula hadiah yang aku dapat dari kawan-kawan kat kolej kediaman ini. Sanggup tu sponser makan untuk aku. Gemuklah semalam, makan lewat malam dan banyak gila makanan. Anyway, terima kasihlah sebab bagi hadiah ni semua, walaupun aku memang tak suka teddy bear aku tetap akan simpan. Korang memang best(4 ekor binatang lain,hehehe)

 

dsc00291.jpg     

Inilah pemenang bagi hadiah paling bermakna bagi aku tahun ini. Disebabkan keghairahan seorang kawan aku ini ketika cuba untuk membuat parti kejutan untuk aku, telah mengakibatkan kecederaan ini. Sebenarnya banyak lagi luka lain di seluruh badan seperti di lutut kanan, tapak tangan kedua-dua belah, di bahagian atas peha sebelah kiri dan aku juga mengalami lenguh-lenguh pinggang akibat dihempap oleh ‘budak tu’.

Yang bestnya, semua kejadian itu berlaku di atas tar jalan raya masuk ke kolej kediaman aku. Pedihnya? Jangan ceritalah, sampai tidur tak lena. Tapi aku tak kisah, bukan mereka berniat pun, jadi aku redha…HUHUHU