Aku rasa cukup-cukuplah aku bercerita tentang hari kelahiran aku. Terima kasih kepada setiap insan yang memberikan ucapan dan juga hadiah untuk aku. Terima kasih banyak-banyak. Sayang bangat sama kamu semua…
Tapi entry kali ini pun sebenarnya ada juga kaitan dengan hari kelahiran. Biasanya waktu sambut bezday, kita akan terima hadiah, ucapan, bersalaman dan yang paling beruntung jika kita dapat ciuman (perghhh,gatal gila aku.) Tapi ciuman ataupun pelukan ini dari orang-orang yang istimewa sahaja.
Namun, cuba baca petikan ini :
“Mereka boleh lakukan apa yang disukai. Tidak kira bercium atau duduk di atas paha,” kata Anuar dengan perasaan teruja.
“Ciuman hanya terbatas di pipi sahaja. Namun, semua ‘aksi’ ini adalah untuk keseronokan sahaja. Saya mahu mendekatkan diri dengan peminat. Tujuan saya tidak lebih hanya untuk menghiburkan mereka tanpa sebarang niat lain,” jelasnya yang tidak kisah mempunyai lebih ramai peminat wanita berbanding lelaki.
sumber : kosmo (bahagian hiburan)
Nampaknya orang Malaysia memang menerima globalisasi dengan baiknya apabila kita bercerita tentang isu hiburan. Keterbukaan yang kita pamerkan ini mungkinkah 1 petanda bahawa selepas ini kita akan menerima segala bentuk hiburan di Malaysia.
p/s : Aku harap selepas ini janganlah pula Anuar Zain yang disenarai hitamkan dari mana2 persembahan ataupun dikenakan denda melakukan kerja-kerja amal akibat ‘keterujaannya’ ini. Apa yang telah berlaku sepatutnya kita jadikan pengajaran. Satu persoalan, buka baju dengan bercium dengan peminat yang mana satukah lebih teruk di pandangan anda???
Filed under: Melagho |
Nak cium, nak cium, nak cium, hahaha… Ape la artis kita ni, sikit2 nak ikut budaya barat.. Goblok!
p/s : AZ tu ‘artis pojaan hatiku’ budak epal, hahaha…
pujaan pun kite x blhlah nak giler kat die…wakakka…yg slah tetap slah…betul x??
artis 2 ikon msyarakat..jgn la nk slhkn bdk2 kalo diorg terikut2 cr artis..ptut srh artis 2 tnjkkn contoh yg baik dlu..sndiri mau ingt la..bkn x blaja agama pn..
2 la kalo hati dh buta..x pduli halal haram..
sori la nuar kalo komen ak ni pedas ckit..hehe
x pe pedas pun…janji harapnya dpt kita sedarkan orang lain…