ABPBH 2007

Senarai keputusan semalam :

Anugerah Pengacara Lelaki &wanita Popular :

1) Aznil Nawawi (seperti yang telah dijangka) ; Fara Fauzana ( juga dijangka)

Anugerah Penyampai Radio Lelaki & Wanita Popular :

2) Faizal Ismail (suka giler) ; Fara Fauzana (yayyyyyyy)

Anugerah Artis Baru Lelaki & Wanita Popular :

3) Dafi (budjet giler, ‘baik punya’) ; Mila (memang bagus pun)

Anugerah Komedi Lelaki & Wanita Popular :

4) Saiful Apek (biasalah, tak ada saingan) ; Sheila Rusly (oklah)

Anugerah Pelakon Drama Tv Lelaki & Wanita Popular :

5) Rosyam Nor (hero malaya) ; Dynas (satu kejutan)

Anugerah Pelakon Filem Lelaki & Wanita Popular :

6) Rusdi Ramli (bolehlah) ; Fasha Sandha (menarik)

Anugerah Penyanyi Nasyid Popular :

7) Rabbani (kumpulan yang tak ada saingan di Malaysia)

Anugerah Artis Berkumpulan/ Duo Popular :

8 ) Sofaz (pencalonan tak best)

Anugerah Penyanyi Lelaki & Wanita Popular :

9) Mawi (bosan,ingatkan Anuar ZAin) ; Datuk Siti Nurhaliza (pujaan hatiku)

Anugerah Sepanjang Hayat :

Sifu M. Nasir

BINTANG PALING POPULAR :

1 ) MAWI

2) FAIZAL TAHIR

3) DATUK SITI NURHALIZA

4) SAIFL APEK

5) AZNIL NAWAWI

p/s : Kredit harus diberikan kepada pengacara ABPBH semalam atas kebolehan mereka memeriahkan suasana. Semua persembahan yang ada juga menarik dan tidak membosankan (pandangan akulah.)

TERENGGANU

dsc00334.jpg

Cenderamata dari rakan yang baru pulang berjalan-jalan di Terengganu.

Bila kita bercerita tentang negeri Terangganu yang merupakan kampung halaman ayahanda aku, yang juga menjadi negeri terakhir memilih dan mengangkat seorang menteri besar ini (cukup pasal politik), pasti ramai yang teruja dengan pulau, keindahan pantai dan juga keropok lekornya.

Walaupun hadiah yang diberi ini tidaklah mencerminkan Terengganu melaui ‘keychain’ itu, namun ada tertulis perkataan Terengganu di belakang ‘keychain’ itu pun jadilah.Hahaha. Terima kasihlah kepada rakan yang sudi untuk membelikan hadiah itu (sebenarnya aku yang mintak) Junaidon dan Hairil (Beruang dan juga Sawa)

 

dsc00332.jpg

Sata : Antara  makanan terkenal Terengganu

Sata yang dihasilkan daripada ikan dan juga kelapa ini memang sedap dimakan. Dipanggang untuk memberikan aroma yang lebih lazat, menjadikan sata merupakan makanan yang sedap untuk dicuba. Jadi kepada mereka yang berkunjung ke Terngganu jangan lupa untuk mencubanya,

Segala kenyataan rasa sedap ini diluahkan kawanku, sebab aku tak makan sata sebab dihasilkan daripada ikan. Hahaha. Kepada semua, selamat mencuba.

p/s : Tahniah buat Mawi (bosannya) kerana berjaya menjadi bintang paling popular 2007 semalam. Namun Datuk Siti tetap kelihatan diva memberikan persembahan dengan lagu Ku Mahu. Kepada semua pemenang yang lain terutamanya Fara Fauzana tahniah.