Cenderamata dari rakan yang baru pulang berjalan-jalan di Terengganu.
Bila kita bercerita tentang negeri Terangganu yang merupakan kampung halaman ayahanda aku, yang juga menjadi negeri terakhir memilih dan mengangkat seorang menteri besar ini (cukup pasal politik), pasti ramai yang teruja dengan pulau, keindahan pantai dan juga keropok lekornya.
Walaupun hadiah yang diberi ini tidaklah mencerminkan Terengganu melaui ‘keychain’ itu, namun ada tertulis perkataan Terengganu di belakang ‘keychain’ itu pun jadilah.Hahaha. Terima kasihlah kepada rakan yang sudi untuk membelikan hadiah itu (sebenarnya aku yang mintak) Junaidon dan Hairil (Beruang dan juga Sawa)
Sata : Antara makanan terkenal Terengganu
Sata yang dihasilkan daripada ikan dan juga kelapa ini memang sedap dimakan. Dipanggang untuk memberikan aroma yang lebih lazat, menjadikan sata merupakan makanan yang sedap untuk dicuba. Jadi kepada mereka yang berkunjung ke Terngganu jangan lupa untuk mencubanya,
Segala kenyataan rasa sedap ini diluahkan kawanku, sebab aku tak makan sata sebab dihasilkan daripada ikan. Hahaha. Kepada semua, selamat mencuba.
p/s : Tahniah buat Mawi (bosannya) kerana berjaya menjadi bintang paling popular 2007 semalam. Namun Datuk Siti tetap kelihatan diva memberikan persembahan dengan lagu Ku Mahu. Kepada semua pemenang yang lain terutamanya Fara Fauzana tahniah.
Filed under: Aku |
aku 1st time mkn sata ni time TongkangBocor a.k.a budak matrix yang sama dengan ko a.k.a rumet aku beli kat pasar malam. sedap gak walaupun mula-mula aku jual mahal nak makan.
aku tak taulah sedap ke tak, sebab tak makan…hahaha. semalam telan air liur jer tgk kawan2 makan.banyak betul a.k.a ko yer…
sata? alamakkkk bestnyeerrrr! my favorite! tapi sata ni dibakar, jd kasinogen yg terhaisl dr bakaran daun pisang tuh bahaya sket. hati2.
jd kalo nak slmat gunalah oven..wakakka
terengganu…. i really miss it… 3 tahun blaja kat sana mcm2 adaa… yang penting 3 tahun aku kat sana.. aku tak pernah makan satar… hahahaha….
yelah sebab asyik sibuk menjamah makanan lain…haha
amboi… main kasar nampak.. nanti aku sumbat satar2 tuh dalam mulut ko baru tau…. baru ko tau betapa enaknya makanan dari spesis ikan!!!!
aku nak gak pegi terengganu