HARI KEDUA

Ditulis tatkala semua orang senang lena dibuai mimpi asmara, eh bukan mimpi indah. Aku tak boleh tidur, hanya 2 jam lena dan aku terjaga. Mungkin kerana rindu? (pada siapa) Mungkin kerana lapar? (yeke) Atau mungkin kerana risau peperiksaan? (macam tak saja) Apa lagi, menulis jom.

Hari ini adalah exam hari kedua dengan paper yang kedua. Paper hubungan insan. Ini adalah subjek umum yang perlu setiap pelajar UKM ambil sepanjang pengajian mereka. Ada 3 U yang perlu dilangsaikan pelajar. Paper hubungan insan adalah subjek untuk U2 (3 unit)

Ada beberapa perkara yang aku nak kongsi dengan semua pasal subjek ini, benda yang agak menariklah. Seperti biasa berikut adalah gambar nota yang telah dipendekkan dan juga nota-nota kuliah yang hanya perlu untuk di ‘print out’ kerana nota boleh diambil dari pensyarah. Walaupun disarankan membeli beberapa buah buku, tapi aku tak beli (kejammmm)

Buku nota dan segala nota yang telah diringkaskan

Apa yang pelik, kelas ini menggunakan konsep penghulu dan penghuluwati (representative of class). Apa lagi, dek kerana aku ni yang paling comel, haruslah semua orang nampak aku dan telah memilih aku sebagai penghulunya (perasan gila,hahaha).

Apa tugas aku??? Memandangkan pensyarah ini agak buta komputer dan juga barang-barang teknologi, jadi akulah orang yang akan menyiapkan dewan kuliah untuknya mengajar. Asal ada saja masalah, “Anuar mana? Tolong saya!!!” Maka akan turunlah sang perwira ini ke medan perang. Hahaha

Apa lagi yang menarik ye, pasal subjek ni??? Ha, pasal pensyarahnya yang terlalu baik ini. Cara mengajar, dan berinteraksi dengan pelajar memang sangat baik. Sehinggakan waktu dia menegur satu kumpulan yang salah mempersembahkan kerja mereka juga menyebabkan seluruh kelas diam membisu. Baguslah, kalau tidak bising sangat kelas, nanti penghulu tulis nama baru tahu. Hahaha

Dan kenangan terindah subjek ini adalah, aku kena buat persiapan presentation kajian yang dah dibuat secara berkumpulan seorang diri. Hampeh betul, sebab semua kawan-kawan @ group member balik kampung. Macam orang gila aku kena siapkan dalam masa 3 hari. Kena analisa, kena simpulkan dan kena buat power point presentation. Nasib baik, diorang semua cover balik dan tak bagi aku buat report. Hahaha (pandai diorang pujuk aku)

Memang bestlah subjek ini, harapnya aku dapatlah ‘A’ untuk subjek ni (orientasi peperiksaan sangat). Aminn… Jangan lupa doakan kejayaan aku untuk subjek ini.

p/s : Subjek ZZZT2223 (hubungan insan) tarikh peperiksaan 29/04/2008 di dewan peperiksaan Kompleks Tun Abdullah Salleh jam 0830. No meja 683. Doakan kita semua berjaya.

Advertisement

PERPUSTAKAAN

Bila tengah study :

Macam biasalah, bila study mesti ada laptop dekat sebelah. Haha. Study konon-kononnya dekat library ni tapi dekat luar saja @ anjung PTSL (maklumlah nak buat bising) Masa tengah-tengah syok study @ concentrate (yeke???) ternampaklah beberapa pelakon masuk ke library (nak shooting kot).

Antaranya Kaza (degawan @ susuk), Shahrul Kamarudin (penyiasat, kawan zali) dan pelakon perempuan tak terkenal. Hahaha. Lain-lain pelakon adalah Yang Kassim (Kaber hero kaber zero) dan ramai lagilah. Tapi tak kenal.

 

Bila waktu makan :

Biasalah, makan nasi campur dengan lauk. Hehehe. Apa yang menariknya, aku jumpa pula seorang lelaki yang berwajah Akhil Hayy, gaya berpakaian, wajah muka dan perwatakannya kelihatan seiras dengan Ustaz Akhil Hayy ini (ramai gila personaliti aku jumpa, haha)

 

Bila nak solat :

Aku masuklah ke surau dekat bahagian bawah kutub khanah ini nak solat. Tiba-tiba dikejutkan dengan 2 orang cina yang ada dekat ruang wudu’ surau. Seorang memakai seluar pendek bawah lutut dan seorang lagi biasa.

Mulanya, terdetik dihatiku kenapa cina ni ada dalam surau? (terlupa Islam itu luas dan tak terbatas dekat Malaysia saja) Selepas melihat wajahnya yang disirami air wudu’ barulah aku teringat bahawa dekat UKM ni ada warga cina yang menuntut ilmu (beragama Islam juga). Bayangkan betapa ceteknya pemikiran aku buat seketika, akibat terlalu fokus kepada exam (hahaha, ayat poyo)

 

Bila selesai semuanya, kita sambunglah balik study. Saja nak menulis di kala mengambil angin seketika menghilangkan lelah study matematik dan juga fizik serta menghafal subjek hubungan insan. Ok daa, nanti aku tulis lagi kalau ada masa.

BUKAN

“Mak masuk hospital!” Es-em-es ringkas abg aku. “Nape?” tanyaku. “Macam biasa, sakit mak tu!” jawab abgku. “Bila masuk?”tanyaku lagi. “Pagi tadi..” balas abgku. “Nape tak bgtau awal2?” balasku tak puas hati. “Ko jgn risolah, mak ok!” tak jawab pertanyaan. Membuak hatiku menahan marah pada abgku. (Mesej ini aku terima kira2 jam 9 malam hari jumaat)

Siapa diantara anda yang boleh senang lenang jika ibu anda masuk hospital?? Di kala waktu exam!! Itu satu hal. Yang membuat anda marah bila anda lambat diberitahu. Membuakkan hatiku lagi tambah marah.

Namun, tidak ku tunjukkan pada rakan. Di depan mereka, sembunyikan segala duka. Paparkan segala senyuman dan hiburkan mereka dengan gelak tawa. Maklumlah, senyuman penawar segala kedukaan. Nak mengadu? Pada siapa? Semua sedang sibuk dengan aktiviti mereka. Tiada siapa yang nak melayan aku ini. Tak mengapalah. Aku sudah biasa pun keseorangan dan dilupakan. Jadi apa masalahnya, kalau hendak menangis, menangislah di dalam hati. Kalau hendak berduka, dukalah jiwa. Inilah yang aku selalu lakukan.

 

Study + sedih = senyumlah. Kerana senyum itulah penawar segala duka. Aku menulis bukan untuk memohon simpati, hanya sekadar untuk meluahkan segala rasa yang terpendam. (Pada ketika aku sedang menulis ini pun ibuku masih tidak keluar lagi dari hospital, semoga dia dapat keluar esok. Senyumlah wahai ibu, senyumlah wahai anak)

EMPAT

Lagi 4 hari aku nak start exam untuk paper kedua. Ada lagi 4 paper yang harus aku tempuh. Ada 4 lagi hati yang perlu dijaga (ada ke???,Gila) Ada 4 ringgit lagi dalam dompet (malas nak pergi cucuk duit) Ada 4 apa lagi ek???

Apalah yang aku merapu ni. Sebenarnya aku dah bosan study. Penatlah, mood pun tak datang. Selepas kekecewaan terhadap paper exam yang pertama haritu. Hampir-hampir aku membuat sejarah untuk mendapatkan 30 markah perfect untuk bahagian subjektif kertas teknologi pendidikan itu.

Aku keluar-keluar dewan terus menerpa kawan dan bertanyakan satu soalan yang aku rasa langsung tak pernah nampak dalam buku. Tetapi alangkah kecewanya, semuanya ada di dalam buku. Ini telah menyebabkan aku rasa macam buta sangat ketika baca buku. Benda macam tu pun boleh terlepas pandang. Argggggggggghhhhhhhhhhh…

Tak mengapalah, apa yang aku harapkan sekarang adalah aku dapat yang terbaik untuk paper tu. Berdoa dan terus berdoa. Tapi yang penting mood study sekarang agak hilang tak tahu ke mana.

Oklah aku nak pergi cari mood yang lari tu. Nanti kalau aku dah jumpa, aku studylah.. Daa

p/s : Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu tekanan (saya melaporkan untuk Insan) 

KEHILANGAN

Semalam aku menerima 1 panggilan dari seorang sahabat memaklumkan tentang seorang sahabat yang kehilangan ayahnya kira-kira jam 9 malam. Satu berita yang agak mengejutkan. Aku terfikir tentang sahabat aku yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semestarnya di UiTM Shah Alam.

Aku tanyakan pada sahabat yang menelefon itu apakah punca pemergian ayahnya. Jawapan mudah sakit. Aku tanyakan lagi sakit apa. Kencing manis. Aku terus tersentap dan rasa sedih.

Wajah bonda di rumah terus terbayang dibenak fikiran. Tergamam dan tersentak. Tiada respon yang dapat kugambarkan pada ketika itu. Namun kusenyapkan sahaja kesedihan itu. Mengapa aku bersedih?? Bondaku juga mengalami penyakit itu.

Buat masa sekarang hanya doa kukirimkan buat bondaku di rumah.

p/s : Mari kita sedekahkan AL-Fatihah buat roh Ayah sahabatku itu..