FITNA

Mungkin semua orang sibuk menceritakan tentang kewujudan sebuah cerita FITNA yang telah dikeluarkan oleh pengarah dari Belanda. Namun, biar aku bawa korang semua menyusur sedikit apa isi kandungan cerita itu. Namun, cerita aku hari ini juga melibatkan sedikit tafsiran daripada Al-Quran yang aku buat sedikit untuk memberikan kejelasan kepada semua.

Dalam cerita yang aku tengok di download dari Youtube, terdapat 4 ayat yang digunakan oleh pengarah bodoh itu untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam itu pengganas dan terrorist. Namun, aku akan sangkal setiap satu ayat itu yang aku kira tak ditafsir dengan baik. Maklumlah ditafsir dengan orang bukan Islam.

SURAH 47 AYAT 4 :

FITNA>>>Membuat tafsiran konon2nya Islam suka potong2 kepala orang dan sebagainya, juga ingin tunjukkan bahawa Islam suka membunuh. Maka ditunjukkanlah orang disembelih, dibunuh kononnya semua itu orang Islam.

AKU>>>Sebenarnya dalam tafsiran sebenarnya aku baca adalah berkaitan dengan hukuman bunuh yang akan dikenakan ke atas mereka yang murtad (keluar dari Islam) Tak ada kena mengena pun dengan orang bukan Islam. Yang paling best, klip yang ditunjukkan semuanya memakai topeng yang cukup untuk gambarkan itu adalah orang Islam.

SURAH 8 AYAT 60 :

FITNA>>>Tafsirannya konon orang Islam ini adalah pengganas yang suka serang orang dan sebagainya. Orang Islam juga suka untuk berperang kerana sentiasa bersedia dengan alatan peperangan. Maka ditunjukkan kejadian 11/09 dan segala bentuk keganasan yang pernah berlaku.

AKU>>>Melalui tafsiran yang aku baca kalau tak salah adalah arahan untuk kita bersedia jika berada di medan perang untuk menangani orang yang ingin berperang dengan orang Islam. Lagipun, kejadian 11/09 juga diakui sendiri oleh orang bukan Islam bahawa ada pakatan yang berlaku pada waktu itu. Bukan disebabkan orang Islam.

SURAH 4 AYAT  56 :

FITNA>>> Ditafsirkan orang Islam suka untuk menyiatkan kulit manusia dari tubuh dan Islam memang tidak akan puas selagi ada orang kafir di muka Bumi, makanya kita akan terus melakukan kekejaman keatas mereka.

AKU>>> Sebenarnya tafsiran ini adalah untuk hukuman bagi mereka yang akan menghadapi azab di neraka. Maknanya ini bukanlah untuk orang kafir yang sah2 jadi bahan api neraka, tapi pada orang Islam sendiri yang akan menghadapinya. Tak malu sungguh, kita cerita untuk orang Islam mereka pula yang perasan. Ayat selepasnya juga menceritakan kelebihan dan keindahan syurga.

SURAH 4 AYAT 89 :

FITNA>>>Tafsiran kononnya kita memang tidak suka berkawan dengan orang kafir dan kita akan mengancam orang selain daripada umat Islam. Kebebasan mereka tidak dapat diperoleh keranan takut dengan ancaman orang Islam.

AKU>>> Ancaman yang diberikan dalam ayat ini adalah untuk mereka yang memang telah bersedia untuk memerangi umat Islam dan orang Islam diminta bersedia untuk memeranginya. Namun pada ayat selepasnya menceritakan kita perlu untuk menjaga kebajikan orang bukan Islam, seperti yang dilakukan oleh Rasullah S.A.W. sewaktu pemerintahannya.

Inilah 4 ayat yang digunakan. Tafsiran yang aku lakukan tidaklah begitu tepat dan begitu mendalam. Kerana apabila ingin melakukan tafsiran perlu daripada pelbagai sumber untuk mengesahkan sesuatu perkara. Maknanya, bukan mudah untuk melakukan tafsiran seperti pengarah bodoh FITNA ini.

p/s : Jika ada kesilapan pada tafsiran aku, harap ada yang membetulkan. aku sentiasa berdoa dengan ilmu yang sedikit ini dapatlah juga aku berkongsi dengan korang semua. Namun percayalah, tiada bahasa seindah Al-Quran, dan juga merupakan petunjuk terbaik dunia. Jika tidak, masakan orang kafir juga menggunakan Al-Quran sebagai panduan dalam bidang perubatan dan astronomi.

Wallahualam… 

8 Respons

  1. rajin2 la baca quran kalo sayang quran

    alah kalo slalu bace pun kalo x menghayati pun ssah gak…En H jgn lupe bace yer…

  2. errrmm…satu penafsiran yang agal teliti…
    putar belit ayat dapat dirungkaikan dengan baik….

    terima kasih…x teliti, mklmlah ilmu hanya seciput jer…

  3. baca quran ttp baca terjemahannya sekali baru rasa insaf…

    tapi bila baca janganlah pula disalah tafsir…

  4. sama2 la kita ambil iktibar.sesungguhnya orang2 kafir tidak akan berhenti memusuhi Islam hingga ke haria kiamat!

    jadi kita kene sentiasa bersatu

  5. hmmmm….

    bersetuju mungkin???

  6. ok la 2 nuar..cume kalo nk lg mntap rujuk la org yg lg arif..lgpn Quran ni kte xbleh nk tafsir ikut akal kite je..kne ade rujukn yg muktabar..tp kalo tulis mkna setiap ayat yg diorg putar belit 2 lg baik..

    aku pun x pakar sgt pun…

  7. erm…
    such a great idea..
    at least kiter tau nak cakap per ble owang question kiter kan??

    betul, jadi kita kena selalu membaca dan berani untuk menghadapi kenyataan.

  8. usaha yang baik..

    terima kasih budak epal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: