PROMOSI HEBAT

Sewaktu pulang dari membeli belah semalam, aku sempatlah melihat sebuah iklan untuk mempromosikan  sebuah syarikat pengangkutan awam di Malaysia ni. Begini jalan ceritanya.

 

Seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain buaian di taman permainannya. Kanak-kanak itu bercerita tentang apa kehendaknya pabila besar nanti. Katanya bila besar nanti beliau ingin kereta besar, ‘girlfriends’, ‘bodyguards’, ‘driver’ dan dalam kereta yang besar ada TV.

Kemudian ditunjukkan keadaan konon-kononnya sudah 18 tahun kemudian. Kanak-kanak tadi yang sudah besar dan segak berbaju kemeja sedang berdiri di sebelah kereta BMW di ‘bustop’. Rupanya kereta tersebut bukan miliknya, tetapi sedang menahan sebuah bus (bayangkan gayanya yang berwajah riak seperti kereta BMW tu hak miliknya).

Apabila naik bas,

adalah 2 TV berskrin flat di dalamnya, mempunyai sistem audio yang menarik dan juga jelas untuk menontonnya.

Dalam bas itu juga ada bodyguards yang akan menjaga keselamatan jejaka tersebut.

Tak dilupakan bila dah naik bas, sudah semestinya ramai makwe-makwe yang ada.

Terakhir sekali, siap ada pemandu yang sentiasa mengikut arahan bila menekan loceng. Yang paling bestnya, slogan terakhir syarikat tersebut ialah ” you have everything in your life, what else do you want? TAKE A BUS RIDELAH…RAPID KL”

Semua harapan kanak tersbut menjadi kenyataan bila menaiki bas Rapid KL.

p/s : Macam-macam cara promosi dilakukan sekarang untuk menarik pelanggan. Tapi aku memang respect gila dengan kekreatifan orang yang buat iklan ni. Kalau tengok video sebenar lagi lawak. Semua gambar yang digunakan diambil ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli belah semalam.

Advertisement

MEMASAK

2 orang model membeli belah semalam sebelum nak memasak.

 

Biasalah, sebelum nak memasak kenalah pergi membeli bahan-bahan untuk memasak di kawasan berhampiran. Dalam waktu tengah memeasak tu, bolehlah bergambar sekali dengan barangan yang ada. Maklumlah semuanya kelihatan fresh dan menyegarkan mata untuk memandang.

 

Ini adalah antara barangan yang tidak dibeli oleh aku semalam. Ambil sahaja gambarnya.

Ini semua adalah gambar yang tidak aku beli semalam. Sebab aku memasak benda lain. Nak athu apa dia? tengok gambar yang seterusnya ini pula. Masakan yang telah aku dan kawan-kawan masak semalam.

 

Ini daging kisar  masak ala2 rendang & cendawan goreng tepung

 

Ini keadaan bubur nasi yang dihiasi daun bawang, cendawan tepung, daging kisar. Menarikkan, inilah keadaan sebelum dan selepas 3 minit.

 

Jadi aku rasa korang semua bolehlah ek berfikir tentang apakah sebenarnya yang aku beli semalam. Kepada yang ingin mencuba, silakan. Kepada yang ingin resepinya pun bolehlah hubungi aku. Kepada sesiapa yang dah pandai masak, gunakanlah segala benda yang ada dalam bilik anda untuk memasak.

Peringatan kepada semua, jangan kantoi sudah. Nanti kena rampas pula barangan untuk memasak itu. Kalau nak tahu, seperiuk bubur nasi tu habis dimakan oleh 6 orang manusia kelaparan semalam. Huhuhu.

p/s : memandangkan aku sedang berdiet, maka aku makan sikit saja (sikit ker?) Tension…