PROMOSI HEBAT

Sewaktu pulang dari membeli belah semalam, aku sempatlah melihat sebuah iklan untuk mempromosikan  sebuah syarikat pengangkutan awam di Malaysia ni. Begini jalan ceritanya.

 

Seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain buaian di taman permainannya. Kanak-kanak itu bercerita tentang apa kehendaknya pabila besar nanti. Katanya bila besar nanti beliau ingin kereta besar, ‘girlfriends’, ‘bodyguards’, ‘driver’ dan dalam kereta yang besar ada TV.

Kemudian ditunjukkan keadaan konon-kononnya sudah 18 tahun kemudian. Kanak-kanak tadi yang sudah besar dan segak berbaju kemeja sedang berdiri di sebelah kereta BMW di ‘bustop’. Rupanya kereta tersebut bukan miliknya, tetapi sedang menahan sebuah bus (bayangkan gayanya yang berwajah riak seperti kereta BMW tu hak miliknya).

Apabila naik bas,

adalah 2 TV berskrin flat di dalamnya, mempunyai sistem audio yang menarik dan juga jelas untuk menontonnya.

Dalam bas itu juga ada bodyguards yang akan menjaga keselamatan jejaka tersebut.

Tak dilupakan bila dah naik bas, sudah semestinya ramai makwe-makwe yang ada.

Terakhir sekali, siap ada pemandu yang sentiasa mengikut arahan bila menekan loceng. Yang paling bestnya, slogan terakhir syarikat tersebut ialah ” you have everything in your life, what else do you want? TAKE A BUS RIDELAH…RAPID KL”

Semua harapan kanak tersbut menjadi kenyataan bila menaiki bas Rapid KL.

p/s : Macam-macam cara promosi dilakukan sekarang untuk menarik pelanggan. Tapi aku memang respect gila dengan kekreatifan orang yang buat iklan ni. Kalau tengok video sebenar lagi lawak. Semua gambar yang digunakan diambil ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli belah semalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: