L CHANGE THE WORLD

Pelakon utama untuk filem terbaru ini.

Tiket wayang 2 keping sahaja (spekulasi)

 

Sebelum hari esok menjelma, aku berkesempatan untuk memfoya-foyakan diri untuk merayau tengok wayang dan juga membeli belah sedikit (tempat rahsia…Klu???Shoping yang paling dekat dengan sebuah U tempatan).

Jadi biarlah aku cerita sedikit tentang cerita yang bagi aku menarik ini. Heronya merupakan seorang yang cerdik untuk menyelesaikan masalah, tapi ‘dicacatkan’ sedikit wataknya untuk menghidupkan suasana (hasilnya, memang lawak dan mampu memberikan kesan kepada penonton)

Dalam cerita ini ada masalah tentang senjata yang dihasilkan daripada virus yang mampu untuk membunuh manusia secara cepatnya. Jadi Heronya ini dibantu oleh 2 orang kanak-kanak (comel gila) berusaha untuk menyelesaikan dan menghapuskan orang yang ingin menyebarkan virus ini.

Orang yang ingin menyebarkan virus ini jugalah yang akan menyediakan penawarnya yang boleh dibuat berdasarkan ujian yang akan dilakukan ke atas salah seorang daripada kanak-kanak yang bersama dengan hero itu. Tujuan hanya satu, kenakan negara yang kaya dan jual penawar untuk keuntungan berganda (semuanya pasal DUITTTTT)

Lepas itu, Kenalah tengok sendiri, kalau aku cerita rugilah orang yang buat filem tu, dan kesian dekat aku membazir RM 6 untuk pergi menonton. Hahaha. Tapi percayalah memang puas hati tengok cerita ini.

p/s : Ending cerita ni best, sampai rakanku ini menangis tau. Sedih… Tak percaya??? Pergilah tonton, memang sedikit menyentuh hati, jika anda seorang penggemar kanak-kanak.

Ini tempat makan sebelum masuk panggung, mesti korang semua tahu di mana lokasi ini.

 

Keseluruhan cerita : 5 bintang

Advertisement

ESOK

Pernah dengar tak orang kata semalam adalah kenangan, hari ini adalah batu loncatan untuk mencapai apa yang diimpikan pada hari esok. Cewah, pendahuluan yang menarik ni, kalau buat karangan masa sekolah dululah, mesti dapat ‘A’. Hahaha.

Sebenarnya aku nak cerita, esok aku nak balik kampung. Heheehe. Sebelum nak masuk studi week ni, kenalah pulang ke rumah, rileks-rileks dulu serta nak tenangkan fikiran yang agak kacau-bilau, tak tentu arah, cacamarba, ‘tintong’, dan macam-macam lagilah.

Diharapkan balik nanti dapat dicari ketenangan yang diimpi untuk diguna waktu studi. Maklumlah memandang wajah ibu mampu untuk menyejukkan hati. Segala yang dihajati pasti akan tertunai nanti. Apa yang aku merepek ni???

Oklah, jadi berkemungkinan besar aku tak update blog ni start esok sampai ahad (mungkinlah) Wakaka. Sebab aku kalau dah ada internet, jawabnya lupa daratan sikit. Daaa

p/s : Gunakanlah ruangan komen aku ni sebaiknya, komenlah penulisan aku, jangan dikomen penulisan orang lain dalam blog aku (oppppsssss). Persoalannya, ada ke orang lain menulis dalam blog aku???Jeng…jeng…jeng…